KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 daripada Pakatan Harapan berpendapat, tiada keperluan untuk darurat dilaksanakan dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini.
Pendirian itu diumumkan menerusi kenyataan bersama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Seri Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook hari ini.
"Pendirian kami ialah tiada keperluan untuk darurat dilaksanakan, sebaliknya pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih ketat adalah kaedah terbaik.
"Kami juga berpendirian bahawa persidangan Parlimen harus segera diadakan sebagai mekanisma semak dan imbang sesuai dengan prinsip demokrasi berparlimen di negara kita," kata mereka.
Jelas mereka, setakat hari ini, jawatankuasa tersebut masih belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai tempoh melanjutkan atau menamatkan darurat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Sejak dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat pada awal tahun ini, kami selaku ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat telah menyampaikan pandangan-pandangan kepada jawatankuasa ini.
"Pandangan-pandangan ini menyentuh pelbagai perkara termasuk pandemik COVID-19, vaksinasi, kematian harian, kemudahan hospital, keadaan ekonomi negara serta kesan kepada kehidupan rakyat," kata mereka.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu
Mereka juga mengulangi pendirian bahawa pendekatan ‘Government Intervention’ dalam bentuk PKP dan darurat adalah dua perkara yang berbeza dalam menangani wabak tersebut.
Kenyataan dikeluarkan sempena sesi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara petang ini susulan siri pertemuan Al-​Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan wakil ketua politik baru-baru ini.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Ia dianggotai 18 anggota jawatan kuasa termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan bekas Ketua Pengarah Kesihatan Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif.
Keanggotaan lain terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 16 2021
Kenyataan dikeluarkan Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 daripada Pakatan Harapan sempena sesi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang berlangsung di Istana Negara petang ini. - Gambar fail
Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.