KUALA LUMPUR: Ucapan penuh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam bahasa Melayu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mampu membuka mata pemimpin dan seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama 'berani' mengantarabangsakan bahasa kebangsaan.
Menyifatkan Perdana Menteri suri teladan yang baik kepada rakyat, pensyarah linguistik Raja Rajeswari Seetha Raman berkata Ismail Sabri pada Sabtu telah meletakkan penanda aras yang tinggi dalam memartabatkan bahasa Melayu, sekali gus mempromosi identiti Malaysia di pentas dunia.
"Kita boleh katakan Perdana Menteri 'cakap serupa bikin' dalam apa yang beliau katakan sebelum ini. Apabila beliau sendiri mengamalkan apa yang diusahakan, ia akan memberi keyakinan yang tinggi kepada rakyat untuk melakukan perkara sama di pentas dunia yang lain.
"Hal ini juga merupakan satu kebanggaan kerana tidak pernah Perdana Menteri sebelum ini 'berani' menggunakan bahasa kebangsaan di persidangan antarabangsa jadi Ismail Sabri memang sudah mencipta satu sejarah penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan," katanya.
Pada Sabtu, Perdana Menteri mencipta sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Beliau yang tampil segak berbaju Melayu hitam lengkap bersongkok mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama, manakala seluruh delegasi negara termasuk Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memakai baju kebangsaan dan batik Malaysia.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Teo Kok Seong pula menyifatkan penggunaan bahasa kebangsaan di pentas dunia itu membuka kebolehpasaran bahasa Melayu di peringkat global.
Penonjolan bahasa kebangsaan di pentas dunia itu katanya, membuka peluang warga asing untuk mendekati Malaysia dan mengetahui lebih mendalam kepelbagaian budaya, agama dan bangsa yang terdapat di negara bertuah ini.
"Apabila bahasa Melayu digunakan, diperdengarkan pada dunia, pastinya secara tidak langsung lahir minat individu asing untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bumi Malaysia dan lebih penting lagi ia menjadi pembakar semangat kepada rakyat Malaysia sendiri untuk menghargai bahasa kebangsaan.
"Kita perlu ambil peristiwa ini sebagai satu langkah untuk rakyat menerima dan menggunakan bahasa kebangsaan dengan sepenuh hati. Untuk bahasa Melayu diterima di luar negara, kita seharusnya memantapkan penggunaanya di dalam negara juga," katanya.
Langkah Perdana Menteri mengenakan baju Melayu turut dipuji Pensyarah Kanan Teknologi Media, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM) Azahar Kasim yang menyifatkan langkah itu sebagai usaha memperkenalkan budaya Malaysia.
Kebanggaan Ismail Sabri mempamerkan busana tradisional itu di pentas dunia melambangkan sikap beliau yang menghormati budaya tempatan dan menzahirkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
"Pemakaian lounge suit dan tali leher merupakan budaya barat yang dicedok dan dalam urusan antarabangsa menetapkan kod pemakaian seperti itu sehingga ia menjadi lumrah.
"Apabila Perdana Menteri memakai busana baju Melayu dan berucap dalam bahasa Melayu, ia adalah penegasan kepada komuniti dunia tentang jati diri dan identiti masyarakat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Pensyarah UUM Azahar Kasim berkata, langkah Perdana Menteri mempamerkan busana tradisional di pentas dunia melambangkan sikap beliau yang menghormati budaya tempatan dan menzahirkan jati diri sebagai rakyat Malaysia. (Foto AP)
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia.
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.