IPOH: Ipoh kini menyertai senarai dalam Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik.
Menurut kenyataan UNESCO dalam laman web rasminya, ibu negeri Perak itu kini diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baharu yang menyertai UCCN bersempena dengan Hari Bandar Sedunia pada Selasa.
Menerusi pertambahan baharu itu, rangkaian berkenaan kini mempunyai 350 bandar di lebih 100 negara yang mewakili tujuh bidang kreatif iaitu Kraf dan Seni Rakyat, Reka Bentuk, Filem, Gastronomi, Sastera, Seni Media dan Muzik.
"Bandar baharu ini diiktiraf atas komitmen teguh untuk memanfaatkan budaya dan kreativiti sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan dan memaparkan amalan inovatif dalam perancangan bandar berpusatkan rakyat," menurut kenyataan itu.
UNESCO memaklumkan bandar-bandar baharu itu akan bekerjasama dengan ahli rangkaian untuk mengukuhkan daya tahan dalam menghadapi ancaman seperti perubahan iklim, peningkatan ketidaksamaan serta perbandaran pesat, dengan 68 peratus daripada populasi dunia diunjurkan tinggal di kawasan bandar menjelang 2050.
Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay dalam kenyataan sama berkata bandar-bandar dalam Rangkaian Bandar Kreatif mendahului dalam mempertingkatkan akses kepada budaya dan merangsang kuasa kreativiti untuk daya tahan dan pembangunan bandar.
Bandar kreatif baharu dijemput menyertai Persidangan Tahunan UCCN 2024 di Braga, Portugal dari 1 hingga 5 Julai yang membawakan tema "Bringing Youth to the table for the next decade".
Sebanyak 16 bandar di dunia antaranya Mexicali, Caracas dan Banja Luka diiktiraf bagi kategori muzik termasuk Ipoh.
Pada 2022, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata bandar raya itu dicadang untuk dicalonkan sebagai Rangkaian Bandar Kreatif dalam pengkhususan muzik bagi menjadikan Ipoh sebagai bandar paling berdaya huni di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
![Ipoh diiktiraf Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dalam bidang muzik Ipoh diiktiraf Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dalam bidang muzik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698837156_TetJoshua.jpg)
Ibu negeri Perak itu kini diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baharu yang menyertai UCCN bagi kategori muzik. - Gambar fail/Bernama
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720650890_MeorHezbullahMeor.jpg)
Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
![Premis terbiar di Ipoh: Isu pewarisan, kos baik pulih tinggi antara punca Premis terbiar di Ipoh: Isu pewarisan, kos baik pulih tinggi antara punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719630125_tbbangunanwarisan.jpg)
Premis terbiar di Ipoh: Isu pewarisan, kos baik pulih tinggi antara punca
Pihak MBI sebelum ini memulakan langkah memulihara bangunan warisan di Pekan Lama (Old Town) pada sekitar tahun 2016.
![Stesen Keretapi Ipoh, Hotel Majestic bakal berwajah baharu Stesen Keretapi Ipoh, Hotel Majestic bakal berwajah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719627643_tbStesenKeretapiIp.jpg)
Stesen Keretapi Ipoh, Hotel Majestic bakal berwajah baharu
Rumaizi berkata, kerja naik taraf itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh.
![Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719534321_BandarrayaIpoh.jpg)
Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar
Rumaizi berkata, Ipoh antara bandar raya yang penduduknya berpendapatan rendah.
![Lelaki dituduh bunuh ibu kandung Lelaki dituduh bunuh ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719285954_KSSugan.jpg)
Lelaki dituduh bunuh ibu kandung
Tertuduh, K.S Sugan, 36, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
![Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718326845_hotspotsampahhara.jpg)
Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.
![Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718253480_suspektikammati.jpg)
Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu
Lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dalam kejadian di Kampung Simee Ipoh pada Rabu direman tujuh hari sehingga 19 Jun depan.
![Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716601383_suspekragutranta.jpg)
Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang
Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun itu mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000.
![Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716173072_tbpendatangtanpaiz.jpg)
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
![Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715893775_SafieaDania.jpg)
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.