Ketua Polis Daerah ACP Tengku Zailan Tengku Ahmad Shah yang mengesahkan perkara itu dalam kejadian sekitar 1.20 petang tersebut, pesawat Piper 32 buatan Thailand yang membawa empat orang individu tersebut telah berlepas dari Lapangan Terbang Pendaratan dan Perlepasan Pangkor (STOL) dan sedang dalam perjalanan ke Subang.
"Selepas lebih kurang 200 meter take-off (berlepas) enjin pesawat tersebut mengalami kerosakan lalu jatuh ke laut sekitar 100 meter dari pesisiran pantai.
"Kami turut mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa telah diselamatkan oleh penduduk tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian dan semua selamat kerana paras air pada waktu itu adalah surut," katanya kepada Astro AWANI pada petang Ahad.
Keadaan sebahagian tubuh pesawat setelah ditarik keluar daripada lokasi ia terhempas. - Foto Astro AWANI/Mohd Helmy Ibrahim
Bagaimanapun, kesemua empat mangsa yang terlibat dalam nahas kejadian pesawat ringan persendirian Piper 32 di persisiran pantai, Kampung Teluk Dalam dilaporkan selamat dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Pangkor.
Antara mangsa yang terlibat adalah juruterbang yang berasal dari Singapura yang dikenali sebagai Kapten Les Lie, pemandu juruterbang warga tempatan berusia 76 tahun dikenali sebagai Tony Too, seorang lelaki warga Singapura, 51, dan seorang wanita warga China berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Wendy.
Identiti kesemua mangsa difahamkan tidak dapat dikenal pasti kerana mereka dipercayai menyewa hotel di sekitar daerah itu.
Sementara itu, Pegawai Kanan Zon 3 Perak, Penguasa Bomba Rosli Zakaria berkata pihaknya telah menggerakkan operasi kerja dengan mengeluarkan kesemua mangsa dengan menggunakan perengkuh hidraulik dari jentera penyelamat.
"Kesemua mangsa telah diselamatkan terlebih dahulu oleh orang kampung sekitar pesisiran pantai dan anggota kemudiannya mengawasi pesawat itu semasa kerja menarik pesawat mendarat dengan cemas.
"Kami kemudian telah menarik pesawat tersebut setelah mendapat arahan daripada Jabatan Penerbangan Awam ( DCA)," katanya.
BACA: Nelayan terkejut dengar bunyi dentuman di laut