KUALA LUMPUR: Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pelan pemulihan yang memberi tumpuan kepada strategi untuk keluar daripada ancaman COVID-19 secara selamat dan sistematik.

Berikut lima ciri penting PPN yang dijelaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu sesi penerangan di Dewan Rakyat hari ini:

1. Mengimbangi keperluan melindungi nyawa dan kehidupan.

2. Bersifat dinamik dan penyesuaian berterusan. Pelan PPN akan disokong dengan fakta-fakta sains, penilaian indikator dan bukti empirikal dan tidak sekadar andaian.
LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN ADA DI SINI 



3. Memberi penjelasan dan penerangan sebagai panduan bagi memperincikan perancangan, serta menekankan aspek ketelusan ke atas setiap perkara dalam membina semula kepercayaan.

4. Mengguna pakai pendekatan whole of nation iaitu sebuah pelan yang melibatkan peranan segenap lapisan masyarakat.

5. Membuat pemantauan dan memastikan keberkesanan prestasi iaitu sebuah pelan yang menilai keberkesanan pelaksanaan melalui pelaporan dan strategi komunikasi yang berkesan.

[LAPOR LANGSUNG] Ahli Parlimen bertikam lidah, Dewan Rakyat 'panas'