KUALA LUMPUR: Industri permainan video Malaysia dijangka menjana hasil sebanyak AS$649 juta (AS$ 1=RM4.78) pada 2024 selepas mencatatkan pertumbuhan ketara sejak kebelakangan ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata pasaran dijangka menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun stabil pada 7.55 peratus mulai 2024 hingga 2027, dengan unjuran jumlah pasaran sebanyak AS$807 juta menjelang 2027.
"Kerjasama amat penting. Industri permainan adalah bersifat global, pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
"Dengan bergabung tenaga, semua pihak boleh berkongsi pengetahuan, sumber, mencipta peluang termasuk memupuk budaya inovasi yang melampaui sempadan, menyatukan kami dalam mengejar kecemerlangan," katanya pada pelancaran Akademi Xsolla Curine di sini hari ini.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyerikan majlis tersebut dengan kehadiran baginda.
Kata Gobind lagi, kerajaan kekal komited untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada industri permainan seperti penawaran insentif kewangan serta rangka kerja kawal selia yang melindungi hak protokol Internet (IP).
Kementeriannya melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), komited bagi mengembangkan dan memupuk industri kandungan digital negara melalui beberapa pendekatan.
MDEC akan memudahkan pelaburan serta sokongan akses pasaran melalui penyertaan dalam Festival Annecy, Persidangan Pembangun Permainan Video dan Pertunjukan Permainan Video Tokyo.
Ia juga menyokong pertumbuhan IP, mengeram studio baharu dan program pembangunan kemahiran yang disasarkan seperti Program Inkubasi Kandungan Digital, penyampaian Geran Kandungan Digital dan Cabaran Pencipta Kandungan Digital.
Gobind berkata agensi itu juga akan membantu dalam membina jenama Malaysia melalui sokongan serta kepimpinan industri melalui penyelidikan serantau dan kertas kepimpinan pemikiran, persidangan serantau selain acara perniagaan seperti LEVEL UP KL, Kre8tif!, IMMERSE KL dan acara pengguna yang lebih meluas seperti Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF).
"Pelaburan dalam sektor kandungan digital di Malaysia telah berkembang daripada RM550 juta pada 2022 kepada RM1.6 bilion menjelang 2023, dan diunjurkan menghasilkan lebih 1,900 pekerjaan berpendapatan tinggi melalui syarikat berstatus 'Malaysia Digital'.
"Ini menunjukkan bahawa industri kreatif digital adalah pemacu pertumbuhan yang ketara dan terdapat banyak minat dalam industri itu," katanya.
Festival Kandungan Digital Malaysia yang dibuat secara tahunan adalah contoh utama pertumbuhan industri digital negara dengan peserta pameran meningkat daripada 80 pada festival pertama pada 2020 kepada 150 pada 2023. Ia menarik lebih 25,000 pengunjung tahun lepas, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Pencapaian dalam bidang industri permainan video memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara. - Gambar hiasan

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.

Elak ketagih, China hadkan kanak-kanak layan permainan video hanya 15 jam sebulan
Tencent dan NetEase mula kenakan had kepada yang berumur bawah 18 tahun, untuk bermain maksima hanya 15 jam ketika cuti sekolah.

Lebih 500 juta unit siri Call of Duty terjual
Ia berjaya meletakkan siri Call of Duty di tangga kedua siri permainan video dengan jualan tertinggi di belakang siri Mario.

Industri permainan video Malaysia dijangka raih peningkatan pelaburan dari Jepun
MDEC menjelaskan ini didorong oleh kos perniagaan yang rendah, kumpulan bakat mahir, rangkaian studio Malaysia yang mantap dan sokongan kukuh daripada kerajaan.

Permainan video "Black Myth: Wukong" cerminan daya tarikan budaya China
Permainan video "Black Myth: Wukong" mendapat sambutan hangat dalam kalangan pemain seluruh dunia sejak dilancarkan pada 20 Ogos lepas.

Sarawak berpotensi besar dalam industri permainan video global
Sarawak berpotensi besar dalam industri permainan video global dan menjadi hab bagi inovasi pembangunan permainan berkenaan.

Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.

Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb

Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.

Permainan video Upin & Ipin akan hadir ke konsol September ini
PERMAINAN video Upin & Ipin akan dilancarkan di konsol permainan video pada bulan September depan.