SIBU: Sarawak yang kaya dengan warisan kebudayaan dan berkembang pesat dalam bidang teknologi berpotensi besar dalam industri permainan video global dan menjadi hab bagi inovasi pembangunan permainan berkenaan.
Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata Sarawak mempunyai peluang untuk menggabungkan unsur tradisional dengan inovasi moden dalam mencipta permainan video yang menarik, namun tetap berpegang terhadap akar budaya negeri.
"Visi ini melibatkan tentang mengubah persekitaran pembangunan permainan video menerusi perkongsian pengetahuan dan menggunakan teknologi terkini.
"Kami berhasrat untuk meningkatkan industri permainan video dengan menggalakkan pertukaran pelbagai idea, mempamerkan teknologi baharu dan meraikan budaya permainan video menerusi pendidikan. Ini bukan bukan sekadar matlamat, malah janji untuk membawa industri permainan video ke tahap baharu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pembangunan Permainan Video Antarabangsa 2024 di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini hari ini.
Ugak berkata sejajar dengan itu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) selaku agensi di bawah Kementerian Digital akan memberi sokongan terhadap industri permainan video dengan menyediakan pelbagai program dan geran untuk memupuk bakat, mempromosikan pembangun permainan video tempatan serta menarik syarikat permainan video antarabangsa ke Malaysia.
Beliau berkata MDEC menawarkan platform untuk rangkaian, akses ke pasaran serta pembangunan kapasiti bagi memastikan industri itu berkembang maju di dalam dan luar negara.
"Selain itu, Sarawak boleh memanfaatkan sokongan dan bantuan MDEC dengan menggunakan sumber berkenaan untuk membangunkan sektor video permainannya. Menerusi MDEC, pembangun permainan video Sarawak boleh mendapatkan peluang pembiayaan, menyertai bengkel perningkatan kemahiran serta mendapat pendedahan terhadap pasaran antarabangsa.
"Kerjasama ini mampu membantu Sarawak memanfaatkan bakat kreatifnya dan memacu pertumbuhan dalam industri digitak serta permainan video," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata Sarawak mempunyai peluang untuk menggabungkan unsur tradisional dengan inovasi moden dalam mencipta permainan video yang menarik, namun tetap berpegang terhadap akar budaya negeri. - BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind
Strategi Pelaburan Malaysia Digital inisiatif lima tahun yang dilaksanakan MDEC berjaya menarik pelaburan sebanyak RM224.72 bilion setakat suku ketiga 2024.

MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara
Gobind berkata persidangan ini menggariskan lima bidang transformasi utama iaitu Data Trust, Next-Gen Computing, Computer Vision, Metaverse, dan Digital Twins.

Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport RM45 juta - Gobind
Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh 2014 hingga 2024, kata Menteri Digital Gobind Sing

Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta Menteri Pengangkutan nyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini.

Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC
Belanjawan ini diumumkan pada waktu yang tepat dan selaras dengan persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN 2025.

MDEC sasar kerjasama teknologi, bandar pintar di GITEX Global 2024
MDEC telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di GITEX Global 2024.

Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.

Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC
Pelantikan diumumkan Syed Ibrahim, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024
MDEC dan MATRADE telah memudah cara lebih 150 padanan perniagaan yang berpotensi untuk 10 studio dan syarikat Malaysia semasa Tokyo Game Show (TGS) 2024.