KUALA LUMPUR:Industri kelapa sawit digalakkan untuk tampil untuk melakukan rundingan awal berikutan inisiatif pengawalseliaan Kesatuan Eropah (EU) atau United Kingdom (UK) baharu mengenai kelestarian untuk mengurangkan kesan produk yang berada di pasaran EU.
Peguam FratiniVergano, Paolo R. Vergano berkata langkah itu penting kerana EU mahu meneruskan inisiatif perundangan mengenai kelestarian melibatkan hutan, makanan, pertanian, penggunaan tanah dan rantaian bekalan, yang mungkin mempengaruhi perdagangan dan minyak sawit.
"Rundingan itu harus merangkumi pemberian maklumat terperinci, hujah dan teknikal; dan kedudukan komersial dan perundangan, sama ada sebagai industri dan negara pengeksport," katanya pada Pameran dan Seminar Perdagangan Minyak Sawit Malaysia 2021 (POTS Digital 2021).
Oleh itu, Verganp berkata langkah-langkah yang mahu dilaksanakan mestilah produk neutral, berdasarkan sains atau maklumat yang telus, dapat disahkan dan supaya tidak berlaku diskriminasi.
Menjelaskan mengenai inisiatif tersebut, peguam yang berpangkalan di EU itu berkata meminimumkan risiko penebangan hutan yang berkaitan dengan produk yang diletakkan di pasaran EU akan mendorong penggunaan produk daripada rantaian bekalan bebas yang tidak terkait dengan penebangan hutan.
"Sehubungan itu, jelas inisiatif pengawalseliaan ini kemungkinan akan mensasarkan minyak sawit, sama ada secara sengaja atau berikutan kaitan semula jadi antara minyak sawit dan hutan."
Vergano juga berkata inisiatif itu meningkatkan kerangka tadbir urus korporat, termasuk syarat bagi industri makanan untuk mengintegrasikan kelestarian ke dalam strategi korporat, ia dijangka dapat dilakukan ekoran perjanjian 'Green European' dan strategi 'Farm to Fork EU'.
Oleh itu, semua negara pengeluar harus mulai memiliki satu piawaian standard bersama yang diakui oleh semua negara tetapi pada masa yang sama tidak boleh mengabaikan standard negara mereka sendiri untuk minyak sawit.
"Ada banyak cara, sama ada perundangan dan pentadbiran yang dapat digunakan dalam mempraktikkan kelestarian tetapi harus dianalisis dan diambil berdasarkan kes individu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
Usaha meminimumkan risiko penebangan hutan yang berkaitan dengan produk yang diletakkan di pasaran EU akan mendorong penggunaan produk itu. -Gambar fail
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Kerajaan bantu pekebun kecil patuhi tarikh akhir EUDR – Johari
Kata Johari, pelanjutan tarikh itu akan membantu memastikan pekebun kecil dapat mematuhi piawaian global.
Malaysia mahu perkenal 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit - Johari
Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Penyeragaman harga komoditi tidak praktikal, jejas kecekapan pasaran - KPK
KPK berpendapat penyeragaman harga komoditi melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan selain dikhuatiri akan menjejaskan kecekapan pasaran.
Tiada hasrat mansuh levi keuntungan luar biasa industri sawit - Kementerian Kewangan
Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit buat masa ini, kata Kementerian Kewangan.
Fadillah ke Nairobi bermula 3 Julai, teroka eskport pasaran sawit
Ia bagi memberi ucaptama dan merasmikan Malaysian Palm Oil Forum East Africa Region 2023.
EUDR tidak wajar tetapkan Malaysia negara berisiko tinggi - Fadillah
Hasrat Eropah untuk menetapkan Malaysia sebagai negara berisiko tinggi di bawah Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) adalah tidak wajar.
China usaha pertingkat hubungan dua hala, sesama rakyat - Wang Yi
China bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit, buah-buahan tropika dan produk pertanian lain dari Malaysia, kata Menteri Luar China, Wang Yi.
Malaysia dapat penuhi permintaan global untuk minyak sawit - Zuraida
Industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula.
IOI Corp sasar tanam durian di kawasan seluas 200 hektar dalam tempoh 5 tahun
IOI Corp mahu meningkatkan hasil minyak perladangan sebanyak 15% menjelang 2024.
11 hektar tanaman sawit haram dimusnahkan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memusnahkan tanaman kelapa sawit seluas 11 hektar yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.