KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kekal yakin Malaysia masih mampu membekalkan permintaan global bagi minyak sawit berikutan larangan Indonesia terhadap eksport komoditi itu bermula semalam.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula dan buruh asing mula masuk secara beransur-ansur.
"Kementerian juga telah meneruskan program biodiesel minyak sawit B20, sekarang kita berusaha meneruskan penggunaan biodiesel," katanya pada majlis penyampaian sumbangan Seminar Pendidikan pasca pandemik daripada Yayasan Margma dengan kerjasama KPKK di sini, semalam.
Pada Rabu, Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto mengumumkan larangan eksport semua produk minyak sawit mulai 28 April, 2022.
Produk itu ialah minyak sawit mentah, minyak sawit merah; olein sawit yang ditapis, diluntur, dinyahbau (RBD); efluen kilang sawit (POME) dan minyak masak terpakai untuk memastikan ia dapat memenuhi keperluan domestik dalam persekitaran kenaikan harga.
Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata kementerian akan bertemu Kesatuan Eropah (EU) pada 8 Mei depan untuk membincangkan isu berkaitan buruh paksa dan isu minyak sawit bagaimanapun ia masih belum mendapat tarikh untuk berjumpa dengan wakil daripada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, mengulas mengenai pasaran getah, beliau meluahkan keyakinan bahawa permintaan terhadap sarung tangan getah akan kekal tinggi memandangkan masyarakat ketika ini mengutamakan kebersihan dengan menggunakan sarung tangan getah secara berterusan.
Pada masa yang sama, pemain industri juga harus memastikan pasaran getah mengekalkan kedudukan terbesar di seluruh dunia dan memastikan pengeluaran dan kualiti kekal kukuh dengan pengurusan yang berkesan.
"Kita menghasilkan kira-kira 350 bilion keping sarung tangan getah untuk pasaran global dan kita harus melindungi industri ini dan memastikan ia berjalan dengan cekap daripada segi teknologi dengan sistem automasi yang canggih sambil mempunyai bekalan lateks yang mencukupi.
"Ini kerana kita melihat China mampu membina kemudahan pengeluaran sarung tangan yang besar hanya dalam tempoh sembilan bulan selepas pandemik COVID-19 dan kita mesti memastikan Malaysia kekal sebagai pengeluar terbesar di seluruh dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Pada Rabu, Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto mengumumkan larangan eksport semua produk minyak sawit mulai 28 April, 2022. - Gambar hiasan
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR dijadual semula 23 Sept
Pendengaran rayuan Zuraida terhadap keputusan memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon dijadualkan semula pada 23 Sept.
Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu
Zuraida mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.