TANJUNG SEPAT: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memusnahkan tanaman kelapa sawit seluas 11 hektar yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan melalui operasi bersepadu yang dilaksanakan selama empat hari bermula hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi Hutan) Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Norddin Noor berkata operasi itu melibatkan seramai 50 anggota terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk memusnahkan pokok-pokok kelapa sawit ditanam secara haram itu termasuk menggunakan tiga jengkaut.
"Perancangan kita adalah setelah pokok-pokok kelapa sawit ini dimusnahkan, kita akan terus mengadakan projek tanaman semula pokok-pokok hutan," katanya kepada media semasa operasi bersepadu (Op Langat) di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan hari ini.
Beliau berkata penanaman sawit secara haram itu telah menjejaskan fungsi hutan paya gambut di kawasan tersebut sebagai sumber simpanan air selain menjadi satu daripada punca berlakunya kebakaran di hutan itu.
"Aktiviti penanaman sawit ini adalah antara punca berlakunya kebakaran hutan di sini dan kerajaan negeri telah menanggung kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi iaitu dari hujung 2019 hingga akhir 2020 lebih kurang RM2 juta telah dibelanjakan, manakala untuk tahun ini sahaja hampir RM600,000 (untuk memadam kebakaran)," katanya.
Norddin berkata selain tanaman sawit, hutan simpan itu juga turut diterokai secara haram untuk jenis tanaman lain sejak berpuluh tahun dahulu namun pihaknya sukar untuk mengesan pemilik tanaman tersebut yang kebanyakannya merupakan penduduk sekitar di kawasan itu yang memasuki kawasan hutan melalui lorong-lorong tikus.
"Apabila kita buat operasi sebegini saya percaya pihak terbabit tidak akan mengeluarkan lagi modal sebab segala aktiviti di sini perlukan modal termasuk menggaji pekerja serta menyewa jentera dan ini akan memberi kesan peringatan kepada yang lain untuk tidak lagi menceroboh hutan simpan ini," katanya sambil menambah aktiviti pemantauan akan terus dilakukan pihaknya di hutan tersebut.
Beliau menjelaskan pihaknya sedia membantu petani-petani yang berminat untuk mengusahakan tanah di kawasan hutan tersebut namun perlu mengikut syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkan dan jenis pokok yang dibenarkan.
"Untuk tanam pokok kelapa sawit kita memang takkan benarkan, hanya spesies tertentu yang sesuai ditanam di tanah gambut kerana kita ingin menjaga ekosistem hutan gambut ini," katanya.
Beliau berkata mereka yang didapati meneroka hutan secara haram untuk aktivti pertanian boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 81 1(e) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 iaitu penjara hingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
![11 hektar tanaman sawit haram dimusnahkan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan 11 hektar tanaman sawit haram dimusnahkan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627296912_kelapasawit.jpg)
Norddin berkata mereka yang didapati meneroka hutan secara haram untuk aktivti pertanian boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Perhutanan Negara 1985. - Gambar/ BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660038040_kepalaair.jpg)
Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 Taman Ekorimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena.
![127 ditahan, RM31.86 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah 127 ditahan, RM31.86 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638265566_DatukAbdulKadir.jpg)
127 ditahan, RM31.86 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah
Seramai 127 orang termasuk pemburu haram ditahan dan nilai sitaan berjumlah RM31.86 juta termasuk hidupan liar yang dirampas hasil 11 siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepanjang ta
![Dapatkan permit masuk hutan simpan kekal sebelum laku aktiviti Dapatkan permit masuk hutan simpan kekal sebelum laku aktiviti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633834095_TBMohdRidza.jpg)
Dapatkan permit masuk hutan simpan kekal sebelum laku aktiviti
Berdasarkan maklumat diterima Jabatan Perhutanan, terdapat individu yang memasuki hutan simpan kekal tanpa permit.
![Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630478407_TBHUTANSIMPANjpg.jpg)
Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan
HSKLU diklasifikasikan kawasan berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar.
![Lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King Lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625874206_TBMusangKing.jpg)
Lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King
Lelaki berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu ditahan atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit.
![Tiada pembalakan di kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - Jabatan Perhutanan Tiada pembalakan di kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - Jabatan Perhutanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623602474_TamanEcoRimbaPunc.jpg)
Tiada pembalakan di kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - Jabatan Perhutanan
Kekeruhan sumber air itu adalah disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan.
![3,000 hektar hutan simpan Perak diceroboh - MB 3,000 hektar hutan simpan Perak diceroboh - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618097799_KempenJutaPoko.jpg)
3,000 hektar hutan simpan Perak diceroboh - MB
Pencerobohan memberi kesan terhadap kawasan hutan di Perak yang seluas 1.01 juta hektar, atau 48 peratus daripada 2.11 juta hektar keluasan tanah negeri.
![Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613317511_ChabangTongkat.jpg)
Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan
Setakat ini, jabatan itu hanya mempunyai tiga pucuk pistol dan lima laras senapang patah yang didapati tidak mencukupi untuk kegunaan pegawai dan anggota.
![Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611280347_TBBanjirBalak.jpg)
Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.
![Pas tahunan percuma Hutan Lipur Ulu Kenas Pas tahunan percuma Hutan Lipur Ulu Kenas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608266778_HutanLipurUluKena.jpg)
Pas tahunan percuma Hutan Lipur Ulu Kenas
Saarani turut menyambut baik cadangan mempromosikan keunikan tempat, budaya dan makanan popular di negeri ini menerusi program 'Moh Kenei Perak'.