LANGKAWI: Susulan aduan penduduk yang tidak berpuas hati dengan penempatan di Kampung Bukit Malut di sini yang didakwa dihuni ramai pendatang asing tanpa izin (PATI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah melancarkan operasi Op Sapu, awal hari ini.
Susulan itu, 18 PATI berjaya ditahan.
Pengarahnya, Zuhair Jamaludin, berkata operasi selama kira-kira tiga jam itu bermula 12.40 tengah malam itu membabitkan seramai 25 pegawai JIM.
"Operasi hasil maklumat dan risikan ini antara beberapa siri yang bakal dilaksanakan sehingga tertangkapnya dalang membawa masuk PATI ke Langkawi.
"Secara keseluruhan seramai 262 individu diperiksa sebelum menahan 18 warga Myanmar berusia di antara 16 dan 38 tahun," katanya dalam kenyataan di sini.
Zuhair berkata, ketika pemeriksaan membabitkan 32 rumah atas air terdapat cubaan PATI meloloskan diri melalui pintu belakang dengan terjun ke laut.
"Malah, ada juga yang melarikan diri bersembunyi di kawasan belukar berhampiran, namun usaha mereka gagal kerana kawasan itu sudah dikepung.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan lima wanita atas kesalahan gagal mengemukakan pas yang sah untuk tinggal di negara ini," katanya.
Beliau berkata, kesemua PATI itu ditahan dan disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
"Mereka yang ditahan turut menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Kuah sebelum dibawa ke lokap imigresen di Pejabat JIM Alor Setar, seterusnya diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Mar 17 2021
Secara keseluruhan seramai 262 individu diperiksa sebelum JIM menahan 18 warga Myanmar berusia di antara 16 dan 38 tahun. - Foto Jabatan Imigresen Malaysia
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Toldi, Hollioake ungguli kejohanan Ironman Malaysia 2024
Toldi menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa lapan jam 10m 23s disusuli Tim Van Berkel dari Australia dan Andreas Dreitz dari Jerman.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
Feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah kembali beroperasi hari ini
Terdapat empat perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan lima perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.
Feri Kuala Kedah-Langkawi beroperasi semula esok
Konsortium feri merancang untuk melaksanakan sembilan perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah.
BERNAS pamer kelainan di Laman Padi MAHA 2024 kali Ini
BERNAS mengambil peluang untuk mempamerkan inovasi terbaharu dalam pertanian padi dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan industri ini.
Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.
567 penumpang feri kandas di beting pasir selamat tiba di Langkawi
Feri itu dapat bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda dan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada jam 9.05 malam.
Hati-hati sewa kereta di Langkawi, pengguna tidak dilindungi jika pengusaha tiada permit - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatan kenderaan sewa tidak berlesen atau permit, terutamanya yang banyak beroperasi di Langkawi.
Mayat remaja lemas cuba selamatkan adik ditemui di Pantai Cenang
Remaja lelaki yang hilang dihanyutkan ombak ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya ditemui lemas di Pantai Chenang, di sini pada Ahad.