ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatan kenderaan sewa tidak berlesen atau permit, terutamanya yang banyak beroperasi di Langkawi.
Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata tindakan menyewa kenderaan sewa tidak berlesen boleh mengundang risiko kerana pengguna tidak dilindungi insurans jika terbabit dengan sebarang insiden di jalan raya.
"Kenderaan tanpa permit ini tidak dilindungi dengan insurans untuk pengguna. Jadi sekiranya berlaku apa-apa kemalangan, insurans tak boleh tanggung, itu risiko yang paling besar jika guna kenderaan tanpa permit.
"Kita tahu Langkawi memang dah biasa dengan kenderaan sewa...kita terpaksa ambil tindakan kerana adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan yang menggunakan saluran betul mendapatkan lesen atau permit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar sebelum ini mengenai kewujudan lebih 1,000 kenderaan sewa tidak berlesen terutama kereta di Pulau Langkawi.
Aedy Fadly berkata JPJ akan sentiasa memantau dan melaksanakan operasi berkala bagi membanteras kegiatan itu.
"Saya nak maklumkan kenapa kita buat operasi di Langkawi, itu disebabkan aduan sendiri daripada persatuan-persatuan teksi yang mempunyai permit. Jadi bila ada aduan kita ambil tindakan, kita tak sewenang-wenangnya melulu membuat operasi tanpa kita mendapat aduan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata JPJ akan terus memberi fokus kepada empat perkara utama iaitu penambahbaikan sistem penyampaian dan perkhidmatan jabatan, kesinambungan agenda pendigitalan, peningkatan imej dan integriti serta pematuhan dan kesedaran orang awam terhadap undang-undang jalan raya.
"Selain itu operasi-operasi kita akan tingkatkan, sebelum ini yang kita tak pernah laksanakan, kita akan laksanakan, contohnya kita sudah ada operasi penguatkusaan bas persiaran...mungkin selepas ini operasi berkaitan kenderaan lain pula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Tindakan menyewa kenderaan sewa tidak berlesen boleh mengundang risiko kerana pengguna tidak dilindungi insurans jika terbabit dengan sebarang insiden di jalan raya. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.