PUTRAJAYA: Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, diminta memaklumkan sebarang siasatan berhubung buruh paksa kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM), bagi mencari jalan penyelesaian sebelum produk Malaysia disekat memasuki negara berkenaan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata beberapa produk telah dikenakan sekatan eksport oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS atas alasan faktor buruh paksa, namun sehingga kini KSM tidak menerima sebarang siasatan daripada pihak AS.
"Ini menjadikan kita sukar mengambil tindakan terhadap majikan.
"Kami telah menjalankan siasatan mengikut 11 indikator buruh paksa sedia ada yang digariskan ILO tetapi tidak dapat mengesan kesalahan, maka (kita) jumpa pihak ILO dan Kedutaan AS supaya sebarang siasatan oleh pihak AS harus dimaklumkan kepada kita, kerana jika tidak kita tidak akan nampak penyelesaian," katanya.
Saravanan berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penyampaian Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2022 Zon Tengah, dan melancarkan buku Perkembangan dan Isu-Isu Semasa Kesatuan Sekerja Di Malaysia di sini, pada Khamis.
Mengenai buku tersebut, Saravanan berkata ia akan menjadi sumber rujukan kepada majikan, pengamal sumber manusia dan aktivis kesatuan sekerja, serta rujukan akademik di institusi pengajian tinggi.
Penerbitan buku itu adalah hasil kerjasama antara kesatuan sekerja dan ahli akademik dengan menggunakan peruntukan GPKS 2021.
Saravanan berkata kerajaan juga telah menambah peruntukan geran itu pada tahun ini kepada RM2.6 juta bagi membantu lebih banyak kesatuan sekerja menjalankan aktiviti, dengan sejumlah 315 permohonan telah diluluskan di seluruh negara.
"Bagi GPKS Zon Tengah yang meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, sejumlah 74 permohonan telah diluluskan dengan nilai sebanyak RM472,840," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Saravanan berkata beberapa produk telah dikenakan sekatan eksport oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS atas alasan faktor buruh paksa, namun sehingga kini KSM tidak menerima sebarang siasatan daripada pihak AS. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

ILO naik taraf Palestin kepada status negara pemerhati bukan anggota
ILO mengundi untuk menaik taraf status Palestin secara rasmi daripada "gerakan pembebasan" kepada "negara pemerhati bukan anggota".

AI sebagai pelengkap bukan menggantikan pekerjaan - Kajian ILO
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkata lonjakan kecerdasan buatan (AI) yang melanda dunia kini dilihat sebagai pelengkap sesuatu pekerjaan.

Kurangnya jaringan keselamatan sosial sebabkan eksploitasi buruh di Thailand, Malaysia, Singapura - Laporan ILO
Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik migran menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura.

ILO, Kedutaan AS diminta maklum siasatan berhubung buruh paksa kepada KSM
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, diminta memaklumkan sebarang siasatan berhubung buruh paksa kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM), bagi mencari ja

MPOA lancar piagam perlindungan pekerja
Industri kelapa sawit Malaysia mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman pengurusan Eropah yang menghargai dan menghormati hak pekerja.

FGV jangka formalkan pelantikan juruaudit bebas pada November 2021
Ia bagi memastikan skop dan metodologi audit memenuhi kehendak dan jangkaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.

IOI Corp akan jalani audit mengenai dasar buruh
Audit akan berusaha mencari sebarang ketidakpatuhan terhadap dasar buruh atau keadaan kerja yang tidak memuaskan.

Malaysia sentiasa utamakan amalan buruh baik di sektor agrikomoditi - Mohd Khairuddin
Malaysia sentiasa mengutamakan serta mendukung amalan buruh yang baik termasuk di semua sektor agrikomoditi demi kebajikan semua pihak.

Menghayati tema Hari Belia
Kedua-dua tema ini mengiktiraf peranan yang boleh dimainkan oleh golongan belia dalam merangka perubahan sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Mesyuarat Khas Menteri-menteri Buruh Asean bincang isu pekerja terjejas akibat COVID-19
Saravanan telah berkongsi maklumat mengenai tindakan dan inisiatif yang diambil oleh Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19.