KUALA LUMPUR: IOI Corporation Bhd akan menjalani audit yang dipantau oleh antara pelanggan utamanya dan dibantu oleh firma perunding hak buruh antarabangsa yang bereputasi baik dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk memantau dasar buruhnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, katanya audit itu akan meliputi spektrum unit operasi perladangan yang luas dan berusaha untuk mencari sebarang ketidakpatuhan terhadap dasar buruh atau keadaan kerja yang tidak memuaskan yang dihadapi oleh 16,000 pekerja IOI Corp di Malaysia.
"IOI Corp telah bekerjasama dengan beberapa pakar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak buruh tempatan dan antarabangsa sejak lima tahun lepas untuk memantau pelaksanaan dasar buruh kami.
"Laporan oleh beberapa pakar dan NGO ini adalah positif, manakala lainnya bersifat kritikal seperti laporan Finnwatch ini," katanya.
Pengeluar sarung tangan getah itu berkata ia merujuk kepada laporan Finnwatch bertajuk "Migrant Workers' Rights in Oil Palm Estates in Malaysia, Case: IOI Group, Mekassar" diterbitkan pada 30 Jun 2021 yang disebut oleh pelbagai media.
Bagaimanapun, katanya syarikat akan terus mengadakan libat urus, meningkatkan kesedaran dan melatih pegawai penyelia mengenai pengurusan perniagaan yang bertanggungjawab dan menangani aduan dengan cepat.
Menurut laporan itu, katanya siasatan dijalankan melalui temu bual video dengan tujuh pekerja dari India menggunakan sambungan telefon bimbit yang diterjemahkan oleh pengadu selain mendapat gambar mengenai keadaan hidup pekerja dan pelbagai dokumen telah dihantar oleh IOI Corp.
"IOI Corp komited kepada 'No Recruitment Fees Policy' sejak 2017. Bagaimanapun, laporan itu gagal membezakan antara bayaran pengambilan kerja dan kutipan wang haram daripada pekerja di negara sumber mereka oleh orang yang tidak dikenali yang tidak dapat disahkan dan tanpa dokumen," katanya.
Katanya di bawah definisi bayaran pengambilan kerja Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), kutipan wang haram adalah pembayaran yang berada di bawah "kos tidak sah, tidak munasabah dan tidak didedahkan" serta tidak boleh diiktiraf sebagai bayaran pengambilan kerja.
"IOI Corp mengutuk sekeras-kerasnya jenis amalan haram ini," katanya.
Oleh itu, IOI Corp berkata pihaknya telah melaporkan perkara itu kepada Kedutaan India untuk siasatan rasmi serta telah menggantung agensi pengambilan pekerja dan pengambilan pekerja dari India.
"IOI Corp melihat dapatan dalam laporan tersebut sebagai serius dan akan terus meningkatkan pelaksanaan dasar buruh kami serta keadaan kerja di ladang kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021

IOI Corp menegaskan pihaknya komited kepada 'No Recruitment Fees Policy' sejak 2017.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.