Institut Jantung Negara (IJN) telah mencipta satu lagi kejayaan dalam industri penjagaan kesihatan global apabila menjadi hospital pertama di luar Amerika Syarikat melaksanakan prosedur implan alat perentak jantung Micra AV.
Mirca AV adalah sejenis alat perentak terkecil di dunia untuk merawat degupan jantung yang perlahan.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, berkata Micra AV dengan atrioventrikular (AV) segerak digunakan untuk merawat pesakit yang menderita AV tersekat, yang merupakan bentuk penyumbatan degupan jantung di mana isyarat elektrik antara rongga jantung telah terjejas.
Katanya, sebelum ini beberapa pesakit jantung tidak dapat menerima alat perentak jantung konvensional kerana ia memerlukan pembedahan dan risiko mengalami pelbagai komplikasi jangka panjang.
"Oleh kerana ia adalah perentak jantung tanpa wayar, Micra AV dapat mengurangkan risiko pesakit mengalami komplikasi seperti berlakunya anjakan.
"Selain itu, saiz Micra AV adalah sebesar kapsul vitamin, menjadikannya salah satu alat perentak jantung terkecil di dunia sehingga doktor dapat melakukan implan melalui prosedur invasif minimum. Oleh itu, ia mengurangkan keperluan untuk pembedahan yang besar," katanya pada sidang media di, IJN di sini, hari ini.
Dr Aizai Azan berkata IJN telah terlibat secara langsung dalam pembangunan peranti itu dan juga kajian praklinikal sejak 2018.
Sementara itu, perunding kanan kardiologi dan anggota pasukan elektrofisiologi jantung IJN, Dr Azlan Hussin, berkata alat itu tiba pada waktu yang tepat ketika pasukan perubatan IJN melakukan sumbang saran untuk mengurangkan pesakit terdedah kepada COVID-19.
Setakat ini, enam pesakit telah menjalani rawatan dengan yang pertama adalah pada 19 Mac lalu, katanya, sambil menambah bahawa teknologi perentak tanpa wayar itu memberi banyak faedah kerana prosedur kaedah baharu itu cuma mengambil masa 15 hingga 20 minit.
"Kali terakhir adalah semalam, kita telah membuat pembedahan ini terhadap seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun. Bila ada keperluan, baru kita mula buat dan tidak ada had umur yang ditetapkan untuk rawatan ini," katanya.
Selain itu, Dr Azlan berkata Micra AV direka untuk menyediakan alternatif yang selamat untuk alat perentak jantung konvensional, tanpa komplikasi yang berkaitan dengan plumbum dalam jangka panjang.
"Cukup kecil untuk dimasukkan menggunakan 'catherer' dan diimplan terus ke dalam jantung melalui tiub kecil dan impuls elektrik yang menggerakkan jantung melalui elektrod di hujung peranti itu.
"Selain itu, Micra AV adalah satu persepuluh daripada ukuran alat perentak jantung konvensional tetapi memberikan teknologi perentak paling maju," katanya.
Micra AV, yang dibangunkan dan dihasilkan oleh Medtronic Malaysia Sdn Bhd, adalah implan pertama yang dibuat dalam tempoh beberapa bulan di luar Amerika Syarikat selepas mendapat persetujuan prapasaran Januari lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020
Micra AV adalah satu persepuluh daripada ukuran alat perentak jantung konvensional tetapi memberikan teknologi perentak paling maju. -Bernama
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.