ISKANDAR PUTERI: Iskandar Investment Bhd (IIB) terus memperkukuhkan komitmennya dalam memperkasa belia di Johor dan memupuk pembangunan bakat melalui dua inisiatif berimpak tinggi yang telah dilancarkan semasa program Johor Youth Meet Up baru-baru ini.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Idzham Mohd Hashim berkata, dua inisiatif berkenaan yang dilancarkan ketika program anjuran Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan diserikan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim itu berbentuk dana biasiswa serta sumbangan kepada Program Johor Global Leadership Nexus.
Beliau berkata, bagi inisiatif pertama, dana biasiswa "Dana Ilmu IIB untuk Orang Muda Johor" menyediakan sejumlah RM300,000 untuk menaja sehingga 60 orang pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di peringkat Pengajian Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di institusi pendidikan EduCity.
"Di samping itu, dalam menyokong pembentukan pemimpin dunia masa hadapan, IIB turut menyumbang sejumlah RM50,000 kepada Program Johor Global Leadership Nexus oleh Institut Dato' Onn.
"Program ini menawarkan pendedahan dan pengalaman antarabangsa yang berharga kepada belia Johor melalui pelbagai kursus di luar negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Idzham lagi, ia juga bertujuan untuk melengkapkan belia Johor dengan modul yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, amalan piawai serta inisiatif yang diperakui di seluruh dunia agar mereka dapat menyumbang secara tuntas kepada pembangunan Johor dan Malaysia.
Inisiatif ini menekankan komitmen IIB yang tidak berbelah bahagi dalam meningkatkan martabat pendidikan, kebajikan sosial dan pembangunan mampan sebagai tonggak utama dalam kemajuan dan kemakmuran negeri Johor, tambah beliau.
"Kami percaya bahawa belia yang diperkasakan merupakan tunjang kepada pembangunan dan kemajuan negeri ini.
"Oleh itu, melalui pelaburan ke dalam pembangunan pendidikan dan kepimpinan, kami bertekad untuk memupuk kecemerlangan pendidikan dan memperhebatkan peluang kerjaya di kalangan belia.
"...bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan daya sosioekonomi mereka bahkan juga untuk membolehkan mereka mencapai potensi dan keupayaan penuh untuk menyumbang kepada negeri ini dan negara," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Idzham berkata, dua inisiatif berkenaan yang dilancarkan ketika program anjuran MBNJ itu berbentuk dana biasiswa serta sumbangan kepada Program Johor Global Leadership Nexus. - Gambar FB Iskandar Malaysia

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.