SHAH ALAM: Susulan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ramai dalam kalangan ibu bapa berkongsi video di TikTok berkenaan anak autistik mereka bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai.
Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa pemilik akaun yang mempunyai anak autistik menyatakan rasa terkesan mereka terhadap kematian Zayn Rayyan.
Rata-rata mereka mengakui anak autistik sangat terdedah dengan risiko keselamatan kerana tidak mengenal erti takut sekiranya dilepaskan berseorangan kerana seperti berada dalam dunia sendiri.
Pemilik akaun Rinzaky|Akak Parody berkata, anaknya pernah lemas kerana terus berlari dan terjun sebaik sahaja melihat kolam renang namun sempat diselamatkan.
Katanya, pernah juga terjadi insiden di mana anaknya terlepas ke tanam permainan seorang diri, dan hanya disedari apabila dimaklumkan oleh jiran.
"Pernah kunci diri dalam tandas dan tak reti buka, pintu terpaksa dipecahkan.
"Pernah digigit, dicubit kawan autistik tapi tak reti beritahu parents. Balik rumah kaki lebam-lebam, peha ada kesan gigitan.
"Mereka tidak mempunyai kesedaran dan hanya fokus pada perkara yang mereka nak buat sahaja," katanya menerusi hantaran video tersebut.
Video dengan kapsyen 'Anak autismku cinta hatiku' itu telah mendapat lebih 19,000 tontonan.
Sementara itu, seorang lagi pemilik akaun Hang Kebun turut berkongsi video anaknya bermain buai seorang diri di luar rumah selama dua jam.
Katanya, dia sengaja membiarkan anak istimewanya itu bermain.
"Dari pukul 6 lebih sampai 8.30 malam dia kat luar. Main sorang-sorang tak ada kawan.
"Saja tak suruh dia masuk biar dia main...boleh p (pergi) kacau kejap-kejap ja.
"Dia paling suka bila pergi sekolah ramai kawan...bila balik rumah sunyi tak ada kawan.
"Sebak pula tengok dia...kesian..tak ada kawan. Sekolah pun seminggu dua hari ja.
"Walaupun muka apak dia ganas macam buakaw menangis juga la bila terkenang nasib dia," tulisnya di video berkenaan.
Video dengan tanda pagar #autismawareness itu mendapat lebih 25,000 tontonan.
Tinjauan di bahagian komen juga mendapati rata-rata pengguna TikTok lain memberikan kata-kata semangat selain menyatakan rasa sedih mereka dengan perkongsian tersebut.
Pada Selasa, Zayn Rayyan dilaporkan hilang namun ditemui meninggal dunia di anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor akibat dibunuh.
Pada awalnya, polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut, namun hasil siasatan mendapati terdapat unsur jenayah pada mayat, dan mangsa juga telah meninggal dunia di tempat lain sebelum diletakkan di lokasi tersebut.
Polis mengesahkan kanak-kanak itu maut dipercayai dicekik oleh pembunuhnya apabila bedah siasat dijalankan mendapati terdapat kesan kecederaan konsisten pada leher.
Selain itu terdapat luka lain yang pada mayat dipercayai kerana untuk mempertahankan diri.
Suspek juga dipercayai adalah individu terdekat yang mengetahui selok belok kawasan tersebut berikutan penemuan mayat adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.
Susulan itu, polis telah merakam keterangan beberapa individu termasuk ibu bapa kanak-kanak tersebut bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 10 2023
![Ibu bapa kongsi video anak autistik di TikTok, tingkat kesedaran masyarakat Ibu bapa kongsi video anak autistik di TikTok, tingkat kesedaran masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699958119_TBTIKTOKGENERIC.jpg)
Beberapa pemilik akaun yang mempunyai anak autistik menyatakan rasa terkesan mereka terhadap kematian Zayn Rayyan.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pertimbang insentif buat majikan gaji belia autistik, taska untuk anak bawah dua tahun Pertimbang insentif buat majikan gaji belia autistik, taska untuk anak bawah dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726387974_tbRidhwanAli.jpg)
Pertimbang insentif buat majikan gaji belia autistik, taska untuk anak bawah dua tahun
Langkah itu perlu bagi mengatasi isu kerjaya dalam kalangan golongan istimewa dan berkeperluan khas di Malaysia.
![Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718953553_HisyamHamid.jpg)
Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid dalam Bunga Salju
Demi menjayakan karakter lelaki autistik dengan berkesan, aktor Hisyam Hamid sanggup membuat kajian mendalam sebelum penggambaran.
![Jangan malu daftar sebagai OKU - Ras Adiba Jangan malu daftar sebagai OKU - Ras Adiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597831674_RasOKU.jpg)
Jangan malu daftar sebagai OKU - Ras Adiba
Daripada sejumlah 4.7 juta OKU di dalam negara, hanya kira-kira 560,000 sahaja yang berdaftar.
![Jangkitan semasa hamil antara punca autisme Jangkitan semasa hamil antara punca autisme](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51585812799_Autisme.jpg)
Jangkitan semasa hamil antara punca autisme
Autisme adalah gangguan kompleks tumbesaran sistem saraf yang menjejaskan mental, emosi, kemampuan pembelajaran dan ingatan dalam diri seseorang inidividu.
![Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51585812799_Autisme.jpg)
Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu
Membantu menyesuaikan kehidupan kini yang lebih rumit serta jurang yang wujud dalam perkhidmatan intervensi bagi fasa remaja dan dewasa adalah antara cabaran utama ibu bapa membesarkan anak autisme.
![Demi anak-anak Autisme, SOP baharu akan diperkenal Demi anak-anak Autisme, SOP baharu akan diperkenal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551184967_HannahYeohAutsome.jpg)
Demi anak-anak Autisme, SOP baharu akan diperkenal
Hannah Yeoh memaklumkan, SOP itu kelak bertujuan untuk memastikan nasib anak-anak autisme ini terbela.
![Kanak-kanak autistik hasilkan replika Titanic guna 56,000 Lego Kanak-kanak autistik hasilkan replika Titanic guna 56,000 Lego](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61524221007_BrynjarKarlBirgiss.jpg)
Kanak-kanak autistik hasilkan replika Titanic guna 56,000 Lego
Replika kapal persiaran mewah, Titanic sepanjang lapan meter telah berjaya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak autistik menggunakan 56,000 kepingan Lego.
![Kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down Kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521904824_sindromdown.jpg)
Kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down
Katanya, tiada syarikat atau agensi insurans yang sanggup menyediakan insurans khusus kepada anak-anak sindrom Down.
![Kagum! Pelajar autistik lukis gambar 'nenek moyang' watak adi wira Kagum! Pelajar autistik lukis gambar 'nenek moyang' watak adi wira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502207643_superheroautisme.jpg)
Kagum! Pelajar autistik lukis gambar 'nenek moyang' watak adi wira
Lukisan Muhammad Amsyar Anas itu dihasilkan dalam bentuk thumbnail dan dilukis pada buku kosong yang memaparkan karakter adi wira kegemarannya dari tahun 1966 sehingga kini.
![Ibu tunggal bimbang masa depan anak Autisme Ibu tunggal bimbang masa depan anak Autisme](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/71387240287_295x200.jpg)
Ibu tunggal bimbang masa depan anak Autisme
Melihat anak lelakinya lain daripada kanak-kanak biasa, Mazlina Ismail mula sedar ada sesuatu yang tidak kena.