KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan bahawa permintaan perjalanan antarabangsa dan domestik menunjukkan momentum yang signifikan pada Julai 2021 berbanding bulan sebelumnya tetapi permintaan masih jauh di bawah tahap sebelum pandemik.
Sekatan perjalanan yang diterapkan oleh kerajaan di seluruh dunia terus merencatkan pemulihan di pasaran antarabangsa.
Jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Julai 2021 (diukur dalam pendapatan penumpang kilometer atau RPK) turun 53.1 peratus berbanding Julai 2019.
Ini adalah peningkatan yang ketara dari Jun ketika permintaan adalah 60 peratus di bawah tahap Jun 2019, kata IATA semalam.
Permintaan penumpang antarabangsa pada Julai adalah 73.6 peratus di bawah Julai 2019, lebih baik daripada penurunan 80.9 peratus yang dicatatkan pada Jun 2021 berbanding dua tahun lepas.
Semua rantau mencerminkan peningkatan dan syarikat penerbangan Amerika Utara merekodkan kemelesetan terkecil dalam RPK antarabangsa (data trafik dari Afrika bagi Julai tidak tersedia), kata IATA, yang mewakili sekitar 290 syarikat penerbangan yang merangkumi 82 peratus trafik udara global.
Jumlah permintaan domestik merosot 15.6 peratus daripada tahap sebelum krisis (Julai 2019), lebih baik daripada penurunan 22.1 peratus yang dicatat pada Jun lepas berbanding Jun 2019.
Rusia merekodkan keputusan terbaik untuk satu bulan lagi, dengan RPK menokok 28.9 peratus berbanding Julai 2019.
"Orang ramai akan melakukan perjalanan ke mana sahaja yang boleh, oleh itu ia menjadi faktor utama dalam domestik.
"Pemulihan perjalanan antarabangsa memerlukan kerajaan untuk membuka semula sekatan melakukan perjalanan.
"Paling kurang pun, individu yang diberi vaksin tidak sepatutnya menanggung sekatan ini.
"Perjalanan untuk menghubungkan kembali dunia dan menghidupkan semula sektor pelancongan masih lagi panjang ," kata Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Sekatan perjalanan yang diterapkan oleh kerajaan di seluruh dunia terus merencatkan pemulihan di pasaran antarabangsa. - Gambar fail REUTERS
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September - IATA
Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
IATA tawar mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.
Pelan hala tuju IATA papar kemungkinan peralihan tenaga menjelang 2050
Pelan itu juga dengan jelas menunjukkan usaha penyahkarbonan menjelang 2050 itu berkemungkinan dapat direalisasikan.
Syarikat penerbangan Asia-Pasifik catat peningkatan kargo udara 17.6 peratus
Permintaan yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer di laluan perdagangan dalam lingkungan Asia meningkat 19.8 peratus tahun ke tahun.
Trafik penumpang udara global naik 9.1 peratus pada Jun - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti, diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun.
Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA
IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.