Hubungan baik Lembaga Tabung Haji (TH) dan kerajaan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi membolehkan pengurusan jemaah haji Malaysia dijalankan dengan lancar selama ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata kerajaan Malaysia dan TH sering bersemuka dengan kerajaan Arab Saudi di meja mesyuarat untuk terus menambah baik mekanisme pengurusan haji yang diguna pakai.
Beliau berkata TH menghargai usaha murni Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan kerajaan Arab Saudi yang sentiasa peka dalam soal penambahbaikan urusan haji saban tahun.
Johan menarik perhatian bahawa Raja Salman yang berangkat tiba hari ini untuk melakukan lawatan negara empat hari ke Malaysia, sebelum ini pernah memuji sistem pengurusan haji Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia.
"Ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama yang dihulurkan Raja Salman, kerajaan Arab Saudi, Kementerian Haji Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara dan Muassasah Adilla yang telah banyak membantu kami terutama semasa operasi haji setiap tahun," katanya kepada Bernama.
Lawatan negara pertama Raja Salman ke negara ini sejak menaiki takhta pada 23 Jan 2015 itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata perkara berkaitan haji dan kuota di samping usaha memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang lain menjadi agenda utama lawatan itu.
Johan berkata kelulusan menambah kuota haji Malaysia menjadi keutamaan pihaknya bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu serta memendekkan tempoh menunggu.
"Pendaftaran untuk menunaikan haji bagi rakyat di Malaysia mencecah 2.4 juta orang dan masa menunggu telah mencecah 100 tahun," katanya sambil menambah tambahan kuota yang dihasratkan itu selari dengan penambahan penduduk Malaysia.
TH pada 27 Jan lepas menyatakan kuota jemaah haji Malaysia dikembalikan kepada 27,900 orang tahun ini berbanding 22,230 sebelum ini.
Tambah Johan, TH juga sedang mengintai peluang membangunkan kompleks penginapan berpusat di Makkah dan Madinah bagi meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia di masa akan datang.
Dalam usaha mengekalkan prestasi pengurusan haji Malaysia, beliau berkata baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan beliau sendiri telah mengadakan mesyuarat tahunan dengan menteri haji Arab Saudi.
"Selepas ini kita akan aturkan beberapa siri perbincangan berkala dengan Kementerian Haji Arab Saudi, pihak Muassasah Adilla di Madinah dan Muassasah Asia Tenggara di Makkah bagi memastikan kelancaran operasi haji," katanya.
Ditubuhkan pada 1963, TH merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan jemaah haji Malaysia dan usaha meningkatkan ekonomi umat Islam di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2017

TH menghargai usaha murni Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan kerajaan Arab Saudi yang sentiasa peka dalam soal penambahbaikan urusan haji saban tahun. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.

31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.

Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.

Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.

1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."