Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta pemimpin-pemimpin DAP agar menghentikan spekulasi kononnya parti pembangkang itu akan diharamkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Saya berharap DAP tidak akan membuat sebarang spekulasi mengenainya, apatah lagi ada yang beranggapan bahawa ada usaha daripada ROS untuk mengharamkan parti berkenaan," katanya pada sidang media ketika mengadakan kunjungan Gawai Dayak ke kediaman Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Taman BDC, Stampin sini hari ini.
Beliau berkata ROS ada menerima permohonan daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya kepimpinan DAP mengikuti pemilihan parti yang terdahulu, diterima sebagai pemegang jawatan yang sah.
"Perkara ini telah dikaji secara terperinci oleh ROS dan mereka bukan sahaja mengkaji daripada aspek-aspek perundangan tetapi ROS juga berperanan untuk menjaga kepentingan mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengannya.
"Dalam hal ini saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah ROS dan saya belum dapat penjelasan untuk memuktamadkan tentang keputusan rayuan yang dibuat DAP," katanya.
Sehubungan itu, Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah ROS minggu hadapan.
Mengenai kemungkinan DAP akan dibubarkan, Zahid berkata beliau tidak nampak ada usaha ke arah itu.
"Ia bergantung kepada aspek perundangan yang sedia ada dan aspek perlembagaan parti berkenaan.
"Pada hemat saya, apabila peraturan itu tidak dipatuhi oleh kepimpinan DAP yang perlembagaan parti itu dibuat oleh mereka sendiri, maka ROS boleh mengambil keputusan yang profesional mengikut apa yang dicatat di dalam perlembagaan parti berkenaan," katanya.
Sebelum ini, penasihat DAP Lim Kit Siang meminta anggota parti itu agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan DAP diharamkan dan begitu juga penggunaan logonya pada pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, diminta mengulas tindakan kerajaan negeri Sarawak untuk menghantar pasukan petugasnya ke London untuk membuat penyelidikan mengenai Perjanjian Malaysia 1963, Zahid berkata adalah menjadi hak kerajaan Sarawak dan Sabah untuk melihat aspek-aspek perundangan dan persefahaman sosial yang membawa kepada termaktubnya Perjanjian Malaysia 1963.
"Kita di peringkat kerajaan persekutuan berfikiran terbuka dan lapang dada untuk menerima maklum balas yang akan diperolehi oleh kerajaan negeri Sarawak melalui usaha yang dilakukan," katanya.
Beliau berkata tidak ada isu yang tidak boleh dirungkai dan diselesaikan dan menambah bahawa kerajaan pusat bersedia untuk mengadakan perundingan dengan kerajaan negeri Sarawak apabila menerima maklumat hasil daripada dokumen dan penyelidikan oleh pasukan petugas berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2017
Ahmad Zahid memegang tikar selepas menggulungnya simbolik berakhirnya perayaan gawai pada majlis 'Ngiling Tikai Gawak Dayak 2017' ketika membuat kunjungan mesra Gawai di kediaman Douglas Uggah hari ini. --fotoBERNAMA
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, tiga Wilayah Persekutuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 7 malam ini.
Kerajaan terus bantu, tiada sekatan royalti kepada Terengganu - Fahmi
Menteri Komunikasi menafikan Kerajaan Persekutuan mengenakan sebarang sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu.
Sekurang-kurangnya 18 maut serangan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 18 maut manakala 30 lagi cedera dalam keganasan kaum di barat laut Pakistan, kata pegawai pada Sabtu (23 November).
Hari Kanak-Kanak: Aayushi Yeogeswaran, penulis cilik luar biasa
Bakat luar biasa dimiliki anak tunggal kepada pasangan Dave Yeogeswaran dan Devagi Chandurasegaran itu juga telah membawa kanak-kanak itu meraih gelaran penulis buku termuda dalam Malaysia Book of Records.
Sonny Bill Williams dilantik Pro-Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary
Pemenang Piala Dunia Ragbi dua kali bersama New Zealand pada 2011 dan 2015, Sonny Bill Williams dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) bagi tempoh dua tahun berkuat kuas
Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.
Bencana banjir: Mangsa menurun kepada 194 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.
Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City susulan isu teknikal
Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini dilencongkan susulan isu teknikal semasa penerbangan.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.
Steven Sim, Lim Hui Ying antara 32 calon jawatankuasa DAP Pulau Pinang
Seramai 32 individu akan bertanding untuk merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 Sept ini.