Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menggesa pihak-pihak tertentu supaya berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan ia seharusnya dihentikan, agar dapat menamatkan segala naratif lain yang mampu mencetuskan sentimen perkauman dan agama.
"Jangan guna kesempatan untuk ambil kepentingan yang tidak berasas dan menjawab atau bercakap dalam satu (perkara) yang tidak tahu.
"Janganlah dengan guna isu Zakir Naik, ambil kesempatan 'belasah' semua orang, akhirnya mewujudkan naratifnya 'mereka (kerajaan) tak jaga Islam, halau pendakwah hebat Islam'," katanya menjawab soalan pada sesi townhall Maqasid Syariah anjuran Akademi Nunji (Himpunan Ilmuwan Kebangkitan Baharu) yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, di sini hari ini.
Kerajaan katanya sudahpun membuat keputusan rasmi untuk tidak menghantar pulang Zakir ke India, maka orang ramai tidak seharusnya membangkitkan isu kononnya ramai menteri cuma membisu berkenaan isu itu.
Khamis lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian kerajaan tidak menghantar Zakir pulang ke India selagi penceramah bebas itu tidak membuat sebarang masalah.
"Kita ambil konsep Rahmah (Rahmatan Lil 'Alamin), sebagai contoh orang datang rumah kita, takkan kita nak halau dia keluar dan hantar dia ke musuh.
Mengenai keputusan pihak berkuasa tidak membenarkan Zakir memberi ceramah di beberapa negeri ketika ini, Mujahid berkata ini berikutan pendakwah berasal dari India itu masih di bawah siasatan polis dan ia adalah untuk menjaga keselamatan Zakir.
Pada 3 Ogos lepas, Zakir dilaporkan membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat Hindu dan Cina di Malaysia semasa berceramah di Kota Bharu dan ia telah mencetuskan desakan supaya beliau dihantar pulang ke India.
Susulan itu, Polis Diraja Malaysia mengeluarkan arahan tidak membenarkan semua program berkaitan Zakir dianjurkan di seluruh negara atas faktor keselamatan kerana ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat majmuk negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyampaikan ucapan pada Seminar Islam Rahmatan Lil Alamin dan Townhall di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman
Difahamkan, kehadiran beliau ke ibu pejabat tersebut adalah susulan kenyataan beliau berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Mac lalu.

Henti ambil kesempatan berkaitan Zakir Naik untuk dijadikan isu politik - Mujahid
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak-pihak tertentu supaya berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

5,000 aduan berkaitan hina agama, Nabi diadu ke PDRM, SKMM - Mujahid
Kira-kira 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama yang diterima melalui unit pemantau Jakim telah dirujuk kepada pihak berkuasa.

Hayati Istiadat Pertabalan Agong - Mujahid
Institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dijadikan payung kedaulatan Negara.

Malaysia tetap tolak kekejaman, hubungan diplomatik dengan Israel - Mujahid
Pendirian itu juga harus dizahirkan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti dan bersama berjuang mengutuk keganasan dan penindasan ke atas umat Islam di bumi Gaza itu.
![[PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem [PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81541510527_mujahid.jpg)
[PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem
Lembaran 2019 adalah ujian sebenar kemampuan Pakatan Harapan memimpin Malaysia Baru.

Dakwah Dr Zakir tak sesuai di negara ini?
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum dan etnik.

Amanah tidak perlu tunduk kepada realiti politik - Mujahid Yusof Rawa
Kekalahan parti Amanah kepada Barisan Nasional di dua pilihan raya kecil (PRK) tidak membawa maksud mereka harus melupakan perjuangan parti, kata Naib Presidennya.

Mujahid pula umum letak semua jawatan di Pulau Pinang selepas Mat Sabu
Keputusannya itu adalah bagi menghormati pendirian Dewan Ulama PAS untuk memutuskan hubungan dengan parti DAP.

Isu kalimah Allah perlu ditangani dengan teliti
Ahli parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata isu kalimah Allah perlu ditangani dengan lebih teliti dan bukan sekadar menentukan ia boleh atau tidak digunakan.