Kira-kira 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW yang diterima melalui unit pemantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia adalah sebahagian daripada puluhan ribu aduan yang diterima unit berkenaan sejak ditubuhkan pada bulan `Mac bagi memantau penulisan berbentuk provokasi di semua platform media termasuk media sosial.
"Sejak talian aduan dibuka, kita terima berpuluh-puluh aduan di mana ada satu ketika unit itu menerima sehingga 10,000 aduan sehari.
"Daripada jumlah itu, lebih kurang 5,000 aduan telah dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," katanya ketika menjawab soalan peserta pada Seminar Islam Rahmatan Lil Alamin dan Townhall Maqasid Syariah hari ini.
Seminar yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam di sini itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz.
"Daripada aduan itu, difahamkan empat kes telah disabitkan di mahkamah dan pelakunya telah dijatuhkan hukuman," katanya.
Beliau berkata langkah menubuhkan unit pemantau yang bekerjasama dengan PDRM dan SKMM itu menunjukkan pihaknya tidak berdiam diri dalam menjaga kepentingan Islam walaupun secara perundangan akta mengenainya bukan di bawah bidang kuasanya.
Beliau menarik perhatian bahawa daripada aduan yang diterima, terdapat akaun palsu yang sengaja diwujudkan individu tertentu bagi membangkitkan sentimen perkauman melalui tulisan provokatif berkaitan agama yang dimuat naik di media sosial.
Dilancarkan pada 8 Mac lepas rentetan kes-kes menghina Nabi Muhammad SAW dan perbuatan mempersendakan agama Islam, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh membuat aduan ke ke aplikasi WhatsApp di talian hotline 010-3005260 atau e-mel kepada aduan@islam.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyampaikan ucapan pada Seminar Islam Rahmatan Lil Alamin dan Townhall di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Mujahid dipanggil beri keterangan di Bukit Aman
Difahamkan, kehadiran beliau ke ibu pejabat tersebut adalah susulan kenyataan beliau berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Mac lalu.

Henti ambil kesempatan berkaitan Zakir Naik untuk dijadikan isu politik - Mujahid
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak-pihak tertentu supaya berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

5,000 aduan berkaitan hina agama, Nabi diadu ke PDRM, SKMM - Mujahid
Kira-kira 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama yang diterima melalui unit pemantau Jakim telah dirujuk kepada pihak berkuasa.

Hayati Istiadat Pertabalan Agong - Mujahid
Institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dijadikan payung kedaulatan Negara.

Malaysia tetap tolak kekejaman, hubungan diplomatik dengan Israel - Mujahid
Pendirian itu juga harus dizahirkan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti dan bersama berjuang mengutuk keganasan dan penindasan ke atas umat Islam di bumi Gaza itu.
![[PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem [PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81541510527_mujahid.jpg)
[PERSPEKTIF] Pastikan politik keterbukaan tidak dimanipulasi golongan ekstrem
Lembaran 2019 adalah ujian sebenar kemampuan Pakatan Harapan memimpin Malaysia Baru.

Dakwah Dr Zakir tak sesuai di negara ini?
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum dan etnik.

Amanah tidak perlu tunduk kepada realiti politik - Mujahid Yusof Rawa
Kekalahan parti Amanah kepada Barisan Nasional di dua pilihan raya kecil (PRK) tidak membawa maksud mereka harus melupakan perjuangan parti, kata Naib Presidennya.

Mujahid pula umum letak semua jawatan di Pulau Pinang selepas Mat Sabu
Keputusannya itu adalah bagi menghormati pendirian Dewan Ulama PAS untuk memutuskan hubungan dengan parti DAP.

Isu kalimah Allah perlu ditangani dengan teliti
Ahli parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata isu kalimah Allah perlu ditangani dengan lebih teliti dan bukan sekadar menentukan ia boleh atau tidak digunakan.