Helikopter yang dinaiki Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa berlegar-legar di Pulau Sebatik, Kalimantan semalam, tidak menghadapi masalah seperti dilaporkan oleh akhbar harian Indonesia, Kompas.
Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican sebaliknya, berkata helikopter itu tidak mendarat di lokasi ditetapkan disebabkan keadaan padang becak yang boleh menyebabkan helikopter tidak stabil apabila mendarat.
"Oleh itu juruterbang meminta izin daripada menteri untuk beredar dari situ dan cadangan itu dipersetujui menteri.
"Helikopter itu kemudian beredar dan menuju ke destinasi seterusnya ke Pulau Nyamuk," katanya ketika diminta mengesahkan kejadian itu, di sini pada Isnin.
Fadzlette berkata ketika kejadian, Ahmad Zahid dalam lawatan kerja untuk meninjau semua balai polis di pedalaman Sabah.
Semalam, Kompas melaporkan helikopter berkenaan kelihatan menghadapi kesukaran mendarat dan menarik perhatian anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang bersiap sedia memberi bantuan.
Bernama
Tue Jun 30 2015

Helikopter yang dinaiki Ahmad Zahid (gambar) yang didakwa berlegar-legar di Pulau Sebatik, Kalimantan.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lima guru terlibat nahas bas Jalan Kuantan-Segamat beransur pulih - Zahid
Beliau berkata pegawainya Datuk Fadzlette Othman Merican dan Seriwani Sabtu mewakilinya untuk menziarahi guru-guru berkenaan hari ini.

Kes Yayasan Akalbudi: Bekas Setiausaha Akhbar Ahmad Zahid diasak pihak pendakwaan
Fadzlette Othman Merican berulang kali disoal pendakwaan setelah saksi pembelaan itu tidak menjawab soalan secara khusus.

Kes Yayasan Akalbudi: Cop tandatangan Ahmad Zahid dalam kawalan Mejar Mazlina - Fadzlette
Saksi mengetahui kewujudan cop tandatangan bekas timbalan perdana menteri itu yang berada dalam kawalan dan pegangan Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.

Helikopter dinaiki Zahid tidak hadapi masalah seperti dilapor Kompas
Setiausaha akhbar menteri berkenaan, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican sebaliknya berkata, helikopter itu tidak mendarat di lokasi ditetapkan disebabkan keadaan padang becak.