KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diasak bertalu-talu oleh pihak pendakwaan semasa disoal balas mengenai bidang tugasnya pada perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran menyoal Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican berulang kali setelah saksi pembelaan itu tidak menjawab soalan tersebut secara khusus.
Raja Rozela mencadangkan kepada Fadzlette bahawa tugas untuk meminta penyata kad kredit dan cek daripada Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, adalah di luar bidang kerjanya sebagai setiausaha akhbar.
Bagaimanapun, Fadzlette, 60, tidak menjawabnya secara khusus menyebabkan Raja Rozela menyoal lagi serta mempersoalkan tindakan saksi itu yang dikatakan tidak boleh menjawab, sedangkan ia soalan yang mudah.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid kemudian bangun dan berkata cara Raja Rozela mengemukakan soalan seolah-olah menakut-nakutkan saksi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun berkata Raja Rozela tidak menakut-nakutkan saksi dan membenarkan pihak pendakwaan mengemukakan soalan tersebut.
Raja Rozela yang memohon maaf mengenai perkara itu berkata itu adalah cara biasa beliau mengemukakan soalan dan hanya menggunakan suara normalnya sahaja.
Raja Rozela: Saya cuba bercakap dengan lebih manis, saya minta maaf kalau saya cakap kasar, tetapi Datuk (Fadzlette) tidak menjawab soalan lagi. Setuju atau tidak saya katakan bukan bidang kuasa Datuk untuk minta penyata bank dan cek daripada Mejar Mazlina kerana Datuk hanya setiausaha akhbar yang hanya membuat teks ucapan.
Fadzlette: Tidak setuju.
Terdahulu, Fadzlette dalam pernyataan saksinya berkata beliau tahu tentang isu-isu kecuaian Mazlina kerana Ahmad Zahid pernah memaklumkan kepadanya dan mengarahkannya memantau tindakan wanita itu kerana pangkat beliau (Fadzlette) lebih tinggi dalam angkatan tentera.
"Saya memaklumkan kepada Mejar Mazlina berkenaan pesanan yang disampaikan oleh Ahmad Zahid itu. Saya pernah meminta Mejar Mazlina untuk menunjukkan penyata-penyata kad kredit dan cek-cek yang disediakan sebelum dibawa untuk ditandatangani oleh Ahmad Zahid," katanya.
BACA: Cop tandatangan Ahmad Zahid dalam kawalan Mejar Mazlina - Fadzlette
Selain itu, Fadzlette berkata Mazlina melakukan kesalahan ingkar perintah melebihi 10 kali, namun tiada aduan dibuat terhadapnya dan hanya dimaklumkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Perdana Menteri.
Fadzlette yang merupakan Pengarah Media kepada Presiden UMNO itu kemudian bersetuju dengan cadangan Raja Rozela bahawa tiada tindakan dikenakan terhadap Mazlina di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.
Mengenai pengurusan kewangan Ahmad Zahid, Fadzlette berkata beliau tidak pasti sama ada Mazlina diarahkan oleh Ahmad Zahid untuk menguruskan kewangan peribadi beliau (Ahmad Zahid) termasuk kad kredit.
"Saya tidak tahu Mejar Mazlina mendapat kebenaran daripada Datuk Seri (Ahmad Zahid) untuk membayar kad kredit dan menggunakan cop tandatangannya," katanya pada prosiding membela diri Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB).
Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.- BERNAMA
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid
Badan Peguam memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Badan Peguam semak kehakiman DNAA Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mencabar tindakan Peguam Negaramemberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi.
Kes Zahid: Bekas Peguam Negara, Peguam Negara akan dipanggil - Jawatankuasa Pilihan Khas
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid
Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap representasi dikemukakan pihaknya berhubung 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi.
Saya tiada hak buat ulasan, tanya Peguam Negara - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata sebagai orang yang terlibat dalam kes berkenaan, beliau tidak mempunyai hak untuk membuat ulasan mengenainya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.
Kes Zahid: SPRM siasat lanjut kes pecah amanah, rasuah babit Yayasan Akalbudi - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata beliau menyerahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk menyiasat lanjut kes pecah amanah, rasuah Yayasan Akalbudi.
Kes Zahid: Masa pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksana - Rasuah Busters
Keputusan prima facie mahkamah yang dibuktikan oleh pendakwa sebelum ini seolah tidak bernilai.
Kes Zahid: MUDA tuntut semua Ahli Parlimen kerajaan nyatakan pendirian
MUDA menuntut kesemua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan mengemukakan pendirian mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid Hamidi - Fadillah
Fadillah berkata selain percaya kepada proses pengasingan kuasa antara Parlimen, eksekutif dan badan kehakiman, beliau yakin keputusan dibuat itu berdasarkan fakta yang kukuh.