KUALA LUMPUR: Badan Peguam memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Notis rayuan tersebut difailkan semalam melalui Tetuan Abhilaash Subramaniam & Co, yang menyatakan Badan Peguam tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan dibuat Hakim Datuk Amarjeet Singh pada 27 Jun lalu.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang menwakili Timbalan Perdana Menteri itu ketika dihubungi pihak media mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya menerima salinan notis rayuan itu semalam.
Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman dan menolak permohonan badan itu untuk merujuk tiga persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan berkaitan perkara yang sama.
Pada 4 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid.
Melalui permohonan difailkan pada 2 Dis tahun lepas, Badan Peguam yang menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid sebagai responden memohon perintah supaya keputusan itu dibatalkan.
Ia turut memohon perisytiharan bahawa keputusan itu adalah batal dan tidak sah selain dibuat melebihi bidang kuasa serta kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Badan Peguam juga memohon perintah mandamus daripada mahkamah untuk mengarahkan Peguam Negara bertindak mengikut undang-undang dan jika menganggap sesuai dan wajar untuk bertindak mengikut Seksyen 254A Kanun Tatacara Jenayah dengan mendakwa semula Ahmad Zahid.
Badan Peguam mendakwa Peguam Negara bertindak secara ultra vires ketika memohon DNAA terhadap Ahmad Zahid dan keputusan itu juga adalah tidak munasabah atau rasional.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Pada 4 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.