KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau mengetahui kewujudan cop tandatangan bekas timbalan perdana menteri itu yang berada dalam kawalan dan pegangan Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.
Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata cop itu juga digunakan terhad kepada urusan cop sijil dan kad perayaan melibatkan Ahmad Zahid.
"Ini kerana saya pernah membawa beberapa sijil penghargaan kepada Mejar Mazlina (bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid) untuk dicop menggunakan cop tandatangan milik Datuk Seri Zahid atas arahan Datuk Seri Zahid sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada prosiding membela diri Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB).
Saksi pembelaan kedua itu berkata beliau perlu memantau Mazlina kerana wanita itu melakukan kecuaian dalam mengendalikan akaun peribadi Ahmad Zahid.
Fadzlette berkata beliau tahu tentang isu-isu kecuaian Mazlina kerana Ahmad Zahid pernah memaklumkan kepadanya dan mengarahkannya memantau tindakan wanita itu kerana pangkat beliau (Fadzlette) lebih tinggi dalam angkatan tentera.
"Saya memaklumkan kepada Mejar Mazlina berkenaan pesanan yang disampaikan oleh Ahmad Zahid itu. Saya pernah meminta Mejar Mazlina untuk menunjukkan penyata-penyata kad kredit dan cek-cek yang disediakan sebelum dibawa untuk ditandatangani oleh Ahmad Zahid.
"Bagaimanapun, Mejar Mazlina sentiasa memberikan pelbagai alasan dan helah serta tidak pernah menunjukkan kepada saya apa yang diminta oleh saya. Perkara ini berterusan dan adakalanya disebabkan tugasan rasmi saya yang berterusan, saya juga terlepas pandang untuk memantau dan mengambil tindakan susulan ke atas Mejar Mazlina berhubung perkara ini," katanya.
Mengenai isu kerja, Fadzlette yang merupakan Pengarah Media kepada Presiden UMNO itu berkata beliau dan Mazlina perlu sentiasa berhubung untuk memastikan koordinasi perjalanan kerja berjalan lancar, namun sukar untuk bekerja dalam satu pasukan bersama Mazlina.
Beliau berkata Mazlina adalah seorang yang tidak bergaul dengan pegawai-pegawai lain dan selalu tidak hadir ke mesyuarat mingguan pegawai di pejabat Timbalan Perdana Menteri.
"Saya perhatikan dia (Mazlina) suka bersendirian dan tidak berkongsi pendapat bersama pegawai lain.
"Semasa di Kementerian Dalam Negeri, Mejar Mazlina tidak pernah menghormati saya, tidak mengikut arahan saya, malahan tidak mempedulikan sebarang arahan yang saya berikan, walaupun ia adalah satu arahan melibatkan tugas rasmi," katanya.
Pada prosiding sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa Mazlina telah menggunakan cop tandatangannya pada cek Yayasan Akalbudi untuk membayar kad kredit persendirian milik beliau dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis tanpa pengetahuannya, sebaliknya cop tersebut sepatutnya digunakan untuk sijil penghargaan dan kad perayaan.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan atas 47 pertuduhan rasuah. - Foto BERNAMA
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Kes Yayasan Akalbudi: Cop tandatangan Ahmad Zahid dalam kawalan Mejar Mazlina - Fadzlette
Saksi mengetahui kewujudan cop tandatangan bekas timbalan perdana menteri itu yang berada dalam kawalan dan pegangan Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.