Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dijangka dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Terdahulu Haziq ditahan bagi membantu siasatan polis selepas dia mendakwa dirinya sebagai salah seorang individu dalam video seks yang turut dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.
Video berkenaan tular di media sosial.
Sementara itu, memetik laporan media tempatan, peguam Haziq, Ramesh Sivakumar berkata dia dimaklumkan oleh pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan, Haziq yang ditahan telah dibawa ke balai polis Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur dan kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Menurut IO, Haziq tidak akan direman dan akan diberi jaminan polis," katanya.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Haziq ditahan di KLIA.
Berdasarkan tiket, dia dalam perjalanan untuk ke Manila, Filipina.
Difahamkan Haziq ditahan di KLIA kira-kira pukul 5.30 petang.
Sinar Harian
Sat Jun 15 2019

Haziq Abdullah yang ditahan polis di KLIA semalam dijangka dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ini rangkuman kes video intim yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet
Keputusan Pejabat Peguam Negara pada Khamis, menjawab kepada persoalan dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia.

Video intim: PDRM perlu guna khidmat pakar untuk lakukan analisa kandungan - IGP
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kepakaran pihak luar untuk menganalisa kandungan video yang dikaitkan dengan seorang menteri yang tular sejak beberapa bulan lalu.

Video intim: Farhash dan Haziq bebas reman
Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan bekas AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ditahan reman bagi siasatan kes video intim dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi

Video intim: Terserah Peguam Negara - Muhyiddin
Tindakan itu termasuk mendakwa pihak terbabit di mahkamah atau menggugurkan kes berdasarkan siasatan polis.

'Versi penuh' video seks Haziq Aziz dimuat naik ke laman lucah
Klip berdurasi lebih 9 minit itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan video dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini.

Azmin pernah cadang Haziq dipecat daripada parti
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata malah ramai anggota parti juga meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu dipecat.

Jangan kaitkan saya dengan video itu - Norman KRU
Norman berasa sedih dan terkejut apabila mendapat tahu blog politik tersebut mengaitkan dirinya dengan penerbitan video berkenaan.

Tiada tindakan akan dikenakan terhadap Haziq - Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Haziq di HKL, dijangka bebas dengan jaminan polis
Haziq ditahan bagi membantu siasatan polis selepas dia mendakwa dirinya sebagai salah seorang individu dalam video seks yang turut dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.