Sebuah klip video baharu yang memaparkan aksi intim di antara bekas pegawai politik Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lelaki mirip seorang menteri telah dimuat naik ke laman web lucah hari ini.
Klip video berdurasi 9.10 minit itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini.
Terdahulu, Haziq Abdullah mengaku melakukan aksi intim di dalam video itu dan mendakwa pasangannya merupakan seorang menteri Kabinet.
BACA: Haziq Aziz buat laporan polis
BACA: Polis sahkan terima laporan Haziq
BACA: Zuraida perlu hormati keputusan Biro Politik PKR
BACA: Video seks: Bibit perpecahan dalam PKR - Khairuddin
Menurutnya, insiden tersebut berlaku di sebuah hotel pada 11 Mei semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.
Dalam laporan polisnya, Haziq mengulangi tuduhan bahawa menteri itu telah menghantar setiausaha politik untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya.
Katanya, setiausaha politik itu memaksanya untuk menafikan dirinya dalam video tular itu dan memintanya untuk berbohong.
Haziq juga mendakwa dia diancam, diugut dan dimanipulasikan.
Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.
Terdahulu, versi pendek video tersebut berjudul “No way” telah dimuat naik ke YouTube pada Selasa, namun dipercayai diturunkan kerana melanggar polisi laman itu.
Noor Aiman Haziq
Wed Jun 26 2019
Klip video berdurasi 9.10 minit itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini. -Foto daripada laman web lucah
Fokus Minggu Depan: ASEAN pacu pelancongan antara negara anggota
Ikuti ulasan Pengerusi Konsortium Inbound Tourism Alliance, Uzaidi Udanis mengenai pertumbuhan sektor pelancongan sempena kepengerusian ASEAN Malaysia sepanjang tahun 2025.
Imigresen serbu pusat hiburan mewah tawar khidmat GRO, tahan 123 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen menahan 123 pendatang tanpa izin terdiri daripada 54 lelaki dan 69 wanita dalam serbuan di sebuah pusat hiburan mewah di Jalan Sultan Ismail di sini tengah malam tadi.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Bentong, sejak Selasa lepas.
Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU
Parlimen Eropah digesa bertindak balas jika Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU).
Pegawai keselamatan Presiden Korea Selatan tidak endahkan permintaan polis untuk disoal siasat
Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) tidak mengendahkan permintaan polis untuk hadir ke sesi soal siasat pada Sabtu, sehari selepas menggagalkan percubaan agensi antirasuah negara unt
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
Microsfot berhasrat labur USD80 bilion dalam AI
Microsoft berhasrat melabur kira-kira USD80 bilion (RM360 bilion) dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) pada tahun fiskal 2025.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif 2024
Virus hMPV merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada penganjur himpunan tersebut pada Selasa lepas.
Sampah hanyut banjiri pantai akibat air pasang
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar menyaksikan beberapa pantai tumpuan termasuk di Pantai Batu Buruk dan pantai Seberang Takir di Terengganu dicemari sampah hanyut.
'Versi penuh' video seks Haziq Aziz dimuat naik ke laman lucah
Klip berdurasi lebih 9 minit itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan video dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini.