"Allahyarham nak bawa saya pulang ke Kuala Kangsar, nak hantar saya belajar agama di sekolah pondok," kata emak kepada mangsa kemalangan maut, Norulaini Ab Ghani yang terkorban bersama tiga anggota keluarganya di Kilometer 13, Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands semalam.
Ruhani Mohammad, 63, berkata anak sulung daripada lima beradik itu ada menyatakan hasrat terbabit kepadanya semasa mereka berbual menerusi telefon pada petang Jumaat lalu.
"Bagaimanapun, mereka tak jadi pulang pada Jumaat. Saya hubungi semula Ya (panggilan kepada Norulaini) pada Sabtu dan cucu sulung beritahu mereka akan bertolak pada tengah hari itu," katanya kepada pemberita semasa ditemui di rumahnya di Felda Jengka 6 di sini, hari ini.
Ruhani memberitahu kali terakhir mereka berjumpa ialah pada cuti sekolah Disember lalu.
Pada kejadian pukul 2.15 petang semalam, Norulaini, 43, suaminya Raja Mohd Adnan Raja Hussain, 45, dan anak mereka Raja Nur A'iysah, 14, serta Raja Nur Anis Batrisya, 8, maut selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas dan bertembung dengan van membawa barangan runcit.
BACA: Empat sekeluarga maut dalam kemalangan pulang dari Cameron Highlands
Anak kedua pasangan itu Raja Nur Alyaa Masturina, 13, pula patah kaki manakala pemandu van Toyota Hiace Wendi Hasby, 26, turut cedera.
Raja Mohd Adnan ialah guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan (Cina) Sauk, Kuala Kangsar, Perak.
Ruhani menyifatkan Norulaini sebagai seorang anak yang bertanggungjawab dan rajin membantu perbelanjaan keluarga, termasuk dalam membantu pengajian adik-adiknya, khususnya selepas kematian ayahnya 10 tahun lalu.
"Arwah merupakan seorang guru namun memilih untuk berhenti kerja selepas melahirkan anak bongsu dan memulakan perniagaan kecil-kecilan seperti membuat kek dan kuih dari rumah," katanya.
Sementara itu, adik Norulaini, Suhaila Ab Ghani, 38, berkata beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa keluarga kakaknya menerusi laman sosial Facebook apabila ramai yang berkongsi status mencari waris di akaun arwah.
"Saya cuba hubungi telefon bimbit kakak namun dijawab orang lain dalam bahasa saya tak faham. Sekitar pukul 4 petang, saya cuba hubungi telefon bimbit Alyaa yang dijawab anggota polis memberitahu kakak telah meninggal dunia," katanya.
Suhaila menambah mereka berhasrat untuk memindahkan Raja Nur Alyaa Masturina yang kini menjalani rawatan di Hospital Lipis ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh bagi memudahkan mereka menjaganya.
"Saya juga ada hubungi Alyaa. Dia banyak menangis sebab tahu keluarganya dah tiada. Alyaa beritahu umi (Norulaini) memandu kerana pa (Raja Mohd Adnan) mengantuk di tengah perjalanan," katanya.
Suhaila memberitahu Raja Nur Alyaa Masturina juga memaklumkan hasratnya untuk tinggal bersamanya kerana mereka amat rapat sehingga anak saudaranya itu memanggilnya 'mama'.
Beliau memaklumkan jenazah empat beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jengka 6 selepas solat Asar hari ini.
Bernama
Sun Mar 13 2016
Ruhani Mohamad, 63, menintis air mata ketika mengenangkan arwah anaknya Norulaini Abdul Ghani, 43, menantu dan dua cucunya yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands. - Gambar Bernama
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Hasrat mangsa kemalangan hantar emak belajar agama tidak kesampaian
Pada kejadian semalam, Norulaini, suaminya Raja Mohd Adnan Raja Hussain dan anak mereka Raja Nur A'iysah serta Raja Nur Anis Batrisya maut selepas kereta Perodua Alza bertembung dengan sebuah van,