MARANG: Hasrat 120 pembeli rumah di Taman Sri Purnama, Kampung Gong Cempedak fasa tiga di sini, untuk memiliki kediaman sendiri tidak kesampaian ekoran kegagalan pemaju menyelesaikan projek perumahan tersebut yang sepatutnya siap pada 2019.
Seorang pembeli, Abdul Halim Mohd, 34, dari Kampung Binjai Rendah berkata walaupun pelbagai usaha diambil termasuk mendapatkan campur tangan daripada kerajaan negeri, langkah tersebut masih tidak membuahkan hasil.
Beliau berkata akibatnya pembeli terpaksa menanggung hutang bank dan pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang perlu dibayar setiap bulan, sedangkan rumah masih tidak diperolehi.
Beliau berserta pembeli rumah yang lain meluahkan rasa kecewa kerana impian untuk mendiami rumah sendiri bukan sahaja hampir musnah, malah nasib mereka juga seolah tidak terbela.
Abdul Halim yang merupakan kakitangan awam berkata sehingga kini beliau dan keluarganya terpaksa menumpang di rumah ibu bapa kerana tidak mampu menyewa rumah lain.
"Saya amat tertekan kerana pemotongan gaji lebih RM400 sebulan sudah berjalan sejak empat tahun lepas tetapi rumah belum siap sampai sekarang.
"Sebagai kakitangan awam gred rendah, saya memang tak mampu nak bayar dua rumah, jadi terpaksa menumpang dengan mak ayah sementara menunggu rumah itu siap," katanya ketika ditemui di tapak Perumahan Taman Sri Purnama, Kampung Gong Cempedak di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Hafiz Salleh, 38, turut merayu supaya kerajaan negeri mencari jalan membantu pembeli yang teraniaya.
Menurutnya, beliau dan isteri serta dua anak mereka terpaksa tinggal bersesak bersama dua keluarga lain di rumah ibu bapanya kerana tidak mampu menyewa rumah lain.
"Masalah ini dah berlarutan terlalu lama, daripada saya bujang sehingga kahwin dan ada dua anak masih belum selesai.
"Harapan terakhir kami hanyalah kepada menteri besar dan kerajaan negeri supaya dapat mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat yang tertindas," katanya.
Difahamkan pembinaan 120 rumah terbengkalai dalam fasa tiga tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Pembeli terpaksa menanggung hutang bank dan pinjaman dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang perlu dibayar setiap bulan, sedangkan rumah masih tidak diperolehi. - Gambar/ Bernama
Pengurus projek didakwa tiga pertuduhan rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM50,000 membabitkan projek pembinaan lebuh raya.
Tol musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme untuk B40, M40 - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.
Hanya kes tertentu, JPJ boleh batal lesen memandu OKU
JPJ tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu individu hanya disebabkan OKU
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Perak komited tangani masalah projek perumahan terbengkalai, sedia lebih banyak rumah mampu milik
Kerajaan negeri Perak komited menangani isu projek perumahan terbengkalai melalui Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPSPT).
Pindaan akta lebih tegas, heret pemaju projek rumah terbengkalai ke mahkamah - Nga
Selepas pindaan, sebarang kes penipuan akan didakwa dan dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM250,000-RM500,000 atau kedua-duanya.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.
Akta Perumahan lapuk dorong lambakan projek terbengkalai
Kerajaan perlu meneliti semula Akta Perumahan yang masih lemah dan lapuk sehingga mendorong kepada berlakunya punca lambakan projek perumahan terbengkalai serta bermasalah.
Hasrat 120 penduduk di Marang diami rumah sendiri tidak kesampaian
Hasrat 120 pembeli rumah di Taman Sri Purnama, Kampung Gong Cempedak fasa tiga di sini, untuk memiliki kediaman sendiri tidak kesampaian.
Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah - Akmal Nasrullah
Sebanyak 125,000 isi rumah terkesan secara tidak langsung disebabkan projek perumahan yang lewat siap, sakit dan terbengkalai di seluruh negara.
1,850 rumah Generasi Baharu Felda terbengkalai akan disambung bina
Kawasan projek PGBF yang membabitkan 10 tapak projek di Maran, Kuantan, Jerantut dan Rompin melibatkan kawasan seluas kira-kira 77.613 hektar.
17 projek perumahan sakit, tujuh terbengkalai di Johor - Exco
Sebanyak 17 projek perumahan sakit dan tujuh projek perumahan terbengkalai di bawah kerajaan Persekutuan dikenal pasti di Johor setakat ini.
SPNB optimis siapkan 3,000 Rumah Mesra Rakyat menjelang September
Hampir 150 unit RMR di seluruh negara terbengkalai sejak tahun lepas disebabkan pandemik COVID-19 dan kenaikan harga bahan binaan.
'Projek sakit' perumahan pasca-COVID bebankan pembeli, resahkan pemaju
"Kami sebagai pembeli, sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan..."