ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 17 projek perumahan sakit dan tujuh projek perumahan terbengkalai di bawah kerajaan Persekutuan dikenal pasti di Johor setakat ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata jumlah itu berdasarkan rekod di laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Projek yang dikategori sakit adalah projek yang mengalami kelewatan melebihi 30 peratus berbanding kemajuan yang sepatutnya atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual Beli (PJB).
Jefridin ingin mengetahui jumlah projek pembinaan perumahan yang berstatus terbengkalai dan sakit di bawah kerajaan Persekutuan di negeri ini.
Sementara itu, ketika menjawab soalan lisan Hahasrin Hashim (BN-Panti) mengenai langkah kerajaan negeri menangani isu projek perumahan terbengkalai dan sakit, Mohd Jafni berkata kerajaan sentiasa bekerjasama membantu memulihkan projek tersebut selain bertindak sebagai pemudah cara.
"Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama bagi membantu memulihkan projek perumahan sakit serta bertindak sebagai pemudah cara atau mediator bagi membantu pelikuidasi dan kontraktor penyelamat untuk berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi teknikal serta pihak yang berkepentingan.
"Malah kerajaan negeri juga komited dalam memantau dan menyelesaikan sehingga ke peringkat penyerahan kunci (VP) seperti projek sakit Taman Setia Indah (639 unit), Projek Taman Kota Jaya (87 unit) dan insya-Allah projek sakit yang bakal diselesaikan pada awal tahun hadapan iaitu Taman Residensi Kota Tinggi (625 unit)," katanya.
Mohd Jafni (BN-Bukit Permai) berkata pihak KPKT turut mengambil tindakan menyenarai hitam pemaju-pemaju yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai dan sakit, selain pemaju yang gagal membayar kompaun, pemaju "ingkar award (keputusan hakim)" Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan pemaju perumahan tanpa lesen.
"Apabila disenarai hitam, pemaju dan ahli lembaga pengarah syarikat terbabit tidak boleh memohon lesen dan permit iklan dan jualan. Senarai pemaju yang disenarai hitam turut dipaparkan dalam laman sesawang KPKT untuk rujukan pembeli dan pihak berkepentingan yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022
Mohd Jafni berkata jumlah itu berdasarkan rekod di laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).- Fail/Pejabat MB Johor
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Banjir dominasi perbahasan DUN Johor
Bencana banjir yang melanda Johor sejak 28 Feb lepas menjadi topik utama mendominasi hampir kesemua perbahasan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor.
17 projek perumahan sakit, tujuh terbengkalai di Johor - Exco
Sebanyak 17 projek perumahan sakit dan tujuh projek perumahan terbengkalai di bawah kerajaan Persekutuan dikenal pasti di Johor setakat ini.
Lebih banyak serangan, fitnah menjelang PRU15 - MB Johor
Katanya, serangan tersebut dilakukan pembangkang untuk menyemarak perasaan benci rakyat terhadap kerajaan negeri.
Sultan Johor perkenan Dewan Negeri Johor bersidang bermula 12 Ogos
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar persidangan Dewan Negeri Johor mula bersidang pada 12 Ogos.