SEREMBAN: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) optimis untuk menyiapkan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara menjelang September ini sekali gus memastikan individu kurang berkemampuan mampu memiliki kediaman sendiri.
Pengerusi Bukan Eksekutif SPNB Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata sehingga Jun lepas, pihaknya telah mengeluarkan kesemua inden kepada kontraktor dan hanya menunggu kerja pembinaan yang perlu disiapkan dalam tempoh tiga bulan.
"Mungkin juga ada (tempoh) yang terlebih dalam empat ke lima bulan, itu kita akan bantu dari semasa ke semasa mengikut keadaan.
"Ketika ini kerja pembinaan sedang berjalan, kita akan pantau keadaan tersebut supaya RMR akan terus dilaksanakan.
"Jika mana-mana kontraktor ada masalah, mereka boleh jumpa pegawai kita untuk bincang bagi memastikan impian masyarakat memiliki rumah idaman mereka menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak rumah RMR di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata hampir 150 daripada keseluruhan 6,900 unit RMR di seluruh negara terbengkalai sejak tahun lepas disebabkan kesan pandemik COVID-19, kenaikan harga bahan binaan serta masalah kontraktor yang gagal meneruskan kerja pembinaan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 60 unit rumah terbengkalai adalah di Negeri Sembilan yang sedang difokuskan SPNB untuk diselesaikan ketika ini.
Mohd Nizar berkata terdapat beberapa kontraktor terpaksa ditamatkan pelantikannya sehingga menjejaskan tempoh masa menyiapkan RMR terbabit kerana perlu mencari kontraktor baharu bagi memastikan pembinaan dapat diteruskan.
Jelasnya kenaikan harga pembinaan yang dihadapi seluruh negara pada penghujung tahun lepas juga menyebabkan beberapa inden dikembalikan kontraktor kepada SPNB sekali gus memberi kesan kepada pemohon yang menandatangani perjanjian pada tempoh tersebut.
"Masalah kontraktor ini kadang-kadang sampai lima ke enam kali kita tukar, mereka tak nak buat kita ganti sehingga ada yang boleh buat.
"Kita juga berbincang dengan kementerian mengenai harga bahan binaan, bagaimana kaedah memulihkan dan buat penyelarasan.
"Alhamdulillah pihak kementerian bantu kita, contoh kalau dulu isu pembayaran kepada kontraktor kita buat sebanyak dua kali sehingga projek siap, tapi sekarang kita bayar tiga kali supaya dapat bantu kontraktor yang ada masalah kewangan," katanya.
Beliau berkata setakat ini tiada peningkatan nilai bagi RMR berlaku memandangkan kos setiap unit rumah berkenaan yang berjumlah RM75,000 telah ditetapkan kerajaan.
Bagaimanapun, jelas Mohd Nizar SPNB telah mendapat kelulusan untuk penyelarasan saiz keluasan rumah berkenaan yang akan dikecilkan sedikit berbanding sebelum ini bagi menyelesaikan isu kenaikan kos bahan binaan.
"Penyediaan pemilikan rumah mampu milik yang selesa untuk Keluarga Malaysia merupakan agenda utama SPNB menerusi gagasan 'Malaysia Berdaya Huni'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Terdapat beberapa kontraktor terpaksa ditamatkan pelantikannya sehingga menjejaskan tempoh masa menyiapkan RMR terbabit kerana perlu mencari kontraktor baharu bagi memastikan pembinaan dapat diteruskan. - Gambar hiasan/Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.

SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.

JHEV perhalusi kenaikan kos bina rumah baharu veteran ATM
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memperhalusi kenaikan kos pembinaan rumah baharu untuk veteran atau waris anggota tentera.

Balu bekas pemain bola sepak Kelantan dapat rumah
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyumbangkan sebuah Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2.0 kepada balu bekas pemain bola sepak Kelantan di Kampung Gong Datuk, di sini, hari ini.

AmanahRaya, SPNB meterai MoU bantu pemilik rumah terima produk perancangan pewarisan
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) telah memeterai Perjanjian Kolaborasi Strategik (MoU)

Melaka kekal status negeri tawar harga rumah terendah, purata RM207,600
Melaka masih mengekalkan status negeri menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional hingga suku ketiga tahun lepas.

SPNB adakan perbincangan dengan kerajaan negeri bina RMR generasi kedua
SPNB melakukan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan projek pembinaan Rumah Mesra Rakyat khusus untuk generasi kedua.

Kerajaan belanja lebih RM5 juta untuk bina, baik pulih rumah veteran ATM - Adly
Kementerian Pertahanan membelanjakan lebih RM5 juta untuk pembinaan rumah baharu serta baik pulih veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

SPNB bina 3,410 unit rumah mesra rakyat tahun ini
Sebanyak 3,410 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di seluruh negara di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada tahun ini.