SUNGAI SIPUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak terpaksa menembak seekor harimau kumbang yang menyerang anggota terbabit di Kampung Kelatap, Pos Perwor di sini pada Khamis.
Tindakan pantas itu diambil sebagai langkah keselamatan diri ketika anggota sedang memasang perangkap ekoran kejadian lelaki Orang Asli berusia 18 tahun yang cedera diserang binatang buas itu pada Rabu.
BACA: Orang asli cedera diserang binatang buas
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, siasatan dijalankan selepas menerima aduan serangan itu daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak.
Menurutnya, empat kakitangan Perhilitan Daerah Sungai Siput ke lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 pagi dengan membawa perangkap bagi menangkap hidupan liar terlibat.
"Kakitangan mula menjejaki kesan dan meminta penduduk tidak ikut sama atas faktor keselamatan.
"Hasilnya kakitangan menemui beberapa kesan tapak dipercayai harimau juga kesan darah yang masih baharu pada rumput dan daun.
"Ketika menghampiri kawasan semak berhampiran kebun getah, kakitangan dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau kumbang yang meluru ke arah salah seorang daripada mereka.
"Dalam keadaan cemas itu, seorang dari kakitangan telah melepaskan tiga das tembakan dan mengenai harimau kumbang tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata, seorang anggota telah terjatuh kerana terkejut dengan serangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Hasil penelitian pada bangkai harimau kumbang berkenaan didapati ia seekor harimau jantan yang dianggarkan berusia antara 9 hingga 10 tahun.
"Terdapat banyak kesan kecederaan dipercayai tetakan parang pada kepala dan peha harimau kumbang berkenaan yang dipercayai akibat pergelutan dengan mangsa," katanya.
Yusoff berkata, pihaknya percaya kesan kecederaan pada kaki harimau terbabit akibat terkena jerat dawai kabel yang menjadi punca harimau kumbang itu bertindak agresif hingga menyerang manusia.
"Kita menemukan seutas jerat dawai kabel di kaki kanan belakang pada bangkai haiwan itu.
"Bangkai harimau kumbang berkenaan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk dibedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk menghentikan perbuatan memasang jerat kerana ia dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada manusia selain menzalimi hidupan liar terbabit.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021

Seorang lelaki Orang Asli cedera diserang binatang buas dipercayai beruang dalam kejadian di Kampung Kelatap, Pos Perwor pada Rabu. -Gambar fail/Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.

Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.

Perhilitan tangkap harimau kumbang di Gua Musang
Perhilitan Kelantan berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Kampung Gua, Paloh 1, Gua Musang.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.