Malaysia mahukan isu-isu yang berkaitan hak asasi manusia di semua negara ditangani melalui pendekatan berasaskan dialog membina dengan menghormati prinsip kedaulatan dan tanpa campur tangan asing.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan sempena Hari Hak Asasi Manusia 2017 berkata sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia menerima falsafah, konsep dan norma yang termaktub dalam deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948.
Deklarasi itu menetapkan standard minimum dan umum berkenaan hak asasi manusia untuk semua orang di semua negara.
"Sejajar dengan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2017 yang bertemakan 'Mengarusperdanakan Hak Asasi Manusia, Kesederhanaan dan Keterangkuman untuk Perpaduan, Keamanan dan Harmoni', Malaysia percaya bahawa kesederhanaan, saling menghormati dan pemahaman adalah nilai-nilai utama yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang tenteram serta memupuk semangat muhibah antara pelbagai kaum dan agama yang berbeza di negara ini," kata kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan juga telah menggunakan pendekatan '1Malaysia' untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, bertujuan memelihara dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan dan kekal sebagai harapan terbaik untuk masa depan, katanya.
Untuk itu, Malaysia akan terus memperjuangkan kesederhanaan dalam merapatkan perbezaan dan menyelesaikan pertikaian serta untuk melawan ekstremisme dan radikalisasi di dalam negara dan di forum antarabangsa, di samping terus menerima falsafah, konsep dan norma yang termaktub dalam UDHR, kata kenyataan itu.
Hari Hak Asasi Manusia disambut pada 10 Dis setiap tahun bagi memperingati hari Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima UDHR pada tahun 1948.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2017
![Hari Hak Asasi Manusia 2017: Malaysia terus perjuangkan kesederhanaan Hari Hak Asasi Manusia 2017: Malaysia terus perjuangkan kesederhanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492011877_OrangRamai.jpg)
Deklarasi itu menetapkan standard minimum dan umum berkenaan hak asasi manusia untuk semua orang di semua negara. -Gambar hiasan
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Mahkamah Romania arah pilihan raya semula Mahkamah Romania arah pilihan raya semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733559364_MarcelCiolacu.jpg)
Mahkamah Romania arah pilihan raya semula
Mahkamah Perlembagaan Romania pada Jumaat membatalkan pusingan pertama pilihan raya presiden, dan mengarahkan pilihan raya semula.
![PM Pakistan akan kongsi dengan media dan sekutu bukti campur tangan asing terhadap kerajaannya PM Pakistan akan kongsi dengan media dan sekutu bukti campur tangan asing terhadap kerajaannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648659422_TBImranKhan.jpg)
PM Pakistan akan kongsi dengan media dan sekutu bukti campur tangan asing terhadap kerajaannya
Pakistan sedang dilanda kemelut politik yang hebat kerana kerajaan pimpinan Imran menghadapi undi tidak percaya di Parlimen.
![Hari Hak Asasi Manusia 2017: Malaysia terus perjuangkan kesederhanaan Hari Hak Asasi Manusia 2017: Malaysia terus perjuangkan kesederhanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492011877_OrangRamai.jpg)
Hari Hak Asasi Manusia 2017: Malaysia terus perjuangkan kesederhanaan
Deklarasi itu menetapkan standard minimum dan umum berkenaan hak asasi manusia untuk semua orang di semua negara.
![Rakyat perlu bersatu menentang campur tangan asing - Salleh Rakyat perlu bersatu menentang campur tangan asing - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469940707_DSDrSallehSaid.jpg)
Rakyat perlu bersatu menentang campur tangan asing - Salleh
Rakyat Malaysia perlu bersatu padu menentang campur tangan asing, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
![PAS sokong usaha kerajaan wujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik PAS sokong usaha kerajaan wujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457341077_NIKMOHDABDUH.jpg)
PAS sokong usaha kerajaan wujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik
PAS menyambut baik usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) dan menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam politik negara.
![Campur tangan asing tidak akan berjaya jatuhkan perdana menteri - Nazri Aziz Campur tangan asing tidak akan berjaya jatuhkan perdana menteri - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435065467_NAZRIAZIZ.jpg)
Campur tangan asing tidak akan berjaya jatuhkan perdana menteri - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui campur tangan asing tidak akan berjaya.