Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui campur tangan asing tidak akan berjaya.
Sambil mempersoalkan tindakan yang digerakkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, beliau juga percaya tidak ada apa yang boleh dilakukan pihak luar kepada negara, khasnya dalam menjatuhkan kerajaan.
"...dulu masa beliau (Tun Dr Mahathir) jadi ketua kerajaan, beliau menentang keras sebarang campur tangan asing dalam urusan kerajaan pimpinannya," katanya mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mahu pihak asing campur tangan dalam usahanya menjatuhkan Najib.
Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 389 warga kementerian itu di sini pada Isnin, Mohamed Nazri percaya usaha itu lebih kepada memenuhi dendam Tun Dr Mahathir kepada Najib, berbanding kepentingan rakyat, seperti yang didakwanya.
Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata tindakan kerajaan Sarawak menghalang beberapa individu atau pemimpin parti politik daripada memasuki negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) adalah tepat dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata apa yang penting semua pihak kena hormati perjanjian yang dipersetujui bersama Sarawak dan Sabah semasa mewujudkan Malaysia pada 1963 yang memberikan kelebihan tertentu kepada negeri itu.
"Sudah tentu ada asasnya mengapa kelebihan itu diberikan, malah atas sifat hormat itu, saya menyokong tindakan kerajaan negeri mengharamkan individu-individu yang mereka dapati berpotensi untuk menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak," katanya.
Media sebelum ini melaporkan anggota Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dihalang daripada memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Bintulu kira-kira pukul 7.40 malam.
Beberapa pemimpin parti politik juga dilarang memasuki Sarawak baru-baru ini antaranya Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri berpendapat debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai sesuatu yang tidak perlu dan membuang masa.
Beliau sebaliknya mahu kedua-dua pemimpin itu membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung isu pembelian banglo dan penjualan tanah Taman Manggis di Pulau Pinang daripada bertelagah untuk berdebat mengenainya.
Bernama
Mon Apr 11 2016
NAZRI: Dulu masa beliau (Tun Dr Mahathir) jadi ketua kerajaan, beliau menentang keras sebarang campur tangan asing dalam urusan kerajaan pimpinannya. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
PM Pakistan akan kongsi dengan media dan sekutu bukti campur tangan asing terhadap kerajaannya
Pakistan sedang dilanda kemelut politik yang hebat kerana kerajaan pimpinan Imran menghadapi undi tidak percaya di Parlimen.
Hari Hak Asasi Manusia 2017: Malaysia terus perjuangkan kesederhanaan
Deklarasi itu menetapkan standard minimum dan umum berkenaan hak asasi manusia untuk semua orang di semua negara.
Rakyat perlu bersatu menentang campur tangan asing - Salleh
Rakyat Malaysia perlu bersatu padu menentang campur tangan asing, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
PAS sokong usaha kerajaan wujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik
PAS menyambut baik usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) dan menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam politik negara.
Campur tangan asing tidak akan berjaya jatuhkan perdana menteri - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui campur tangan asing tidak akan berjaya.