KUALA LUMPUR: Semua penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar telah diarahkan untuk mengurangkan harga Internet bermula September depan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu, selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), yang menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.
"Untuk memastikan rakyat mampu menikmati perkhidmatan Internet yang terbaik, banyak perkara telah kerajaan usahakan termasuk Internet pra-bayar yang lebih murah. Dulu RM10 sekarang RM5, malah Internet jalur lebar juga lebih murah," katanya.
Beliau berkata demikian ditemui pada program ceramah Mega Perdana di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, di Ukay Perdana, dekat sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, masih ada pihak yang menyentuh sensitiviti 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja ketika berkempen, walaupun kerajaan telah berulang kali memberi amaran berkenaan tindakan sedemikian.
"Sebagai Menteri Komunikasi, saya mesti bagi amaran ini. Tapi nampaknya amaran ini bagi setengah pihak tidak diikuti, tidak dituruti," katanya.
Fahmi berkata, mana-mana pihak yang masih degil dan terus memainkan sentimen 3R terutamanya ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), akan dikenakan tindakan undang-undang.
"Berani buat, berani hadap. Ini pesanan saya. Kalau berani buat, janganlah marah kalau polis datang tangkap bila-bila ya," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang, serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Semua penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar telah diarahkan untuk mengurangkan harga Internet bermula September depan, kata Fahmi Fadzil. - Gambar BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

TM tawar produk lebih berdaya saing, sokong inisiatif kerajaan
Tawaran itu bertujuan untuk menambah nilai kepada pengguna seperti menambah lebih banyak kandungan untuk pelanggan.

Harga internet lebih murah menjelang September - Fahmi
Perkara itu selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian yang menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.