Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan had harga bagi warga asing untuk membeli hartanah mewah di negeri itu ditetapkan pada RM800,000, berbanding RM600,000 diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata, pengurangan had harga bagi pembeli hartanah warga asing sepatutnya hanya terpakai bagi tempoh enam bulan daripada satu tahun seperti dibentangkan dalam belanjawan.
"Tujuan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengurangkan had harga bagi warga asing (membeli kondominum yang telah dibina) daripada RM1 juta kepada RM600,000 adalah untuk menangani isu hartanah tidak terjual di negara ini, tetapi di Pulau Pinang isu (hartanah tidak terjual) adalah terkawal," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Katanya, hartanah tidak terjual di Pulau Pinang telah berkurangan daripada 3,916 unit pada 2017 kepada 3,502 unit pada 2018, manakala ia meningkat di negeri lain seperti Johor (4,376 kepada 6,066 unit antara tahun 2017-2018) dan Selangor (3,713 kepada 4,623 unit).
"Cadangan itu dibincangkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow) dan akan dibincangkan lebih lanjut dan disahkan kemudian pada mesyuarat Exco kerajaan negeri akan datang," katanya.
Sementara itu, Jagdeep turut mengulas skim pembiayaan Sewa Milik (RTO) yang turut dibentangkan oleh Lim dalam Belanjawan 2020.
Skim RTO, menurutnya, perlu mengutamakan pembeli rumah kali pertama untuk membeli unit kos rendah dan kos sederhana masing-masing bernilai pada RM42,000 dan RM72,500, serta rumah mampu milik pada RM150,000.
"Bagaimanapun, menurut pengumuman Belanjawan 2020, skim RTO terpakai kepada hartanah bernilai pada RM500,000, (yang) bagi saya, mereka yang mampu beli pada harga itu tidak perlu untuk dibantu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 21 2019
Harga hartanah di Pulau Pinang untuk pemilik asing dihadkan RM800,000 berbanding RM600,000 seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, kata Jagdeep Singh Deo. - Gambar BERNAMA
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Dewan Rakyat: Had kehadiran termasuk Ahli Parlimen diteliti - Timbalan Speaker
Jumlah kapasiti individu termasuk bilangan Ahli Parlimen untuk menghadiri Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang dijadualkan bermula 6 Sept akan diteliti.
Tiada had jemaah masjid, surau di Terengganu bermula hari ini
Bermula hari ini, tiada lagi had bilangan jemaah untuk semua masjid dan surau di seluruh Terengganu.
Wujud trend sekat kebebasan bersuara dalam kalangan negara di Asia Tenggara - Penganalisis
Ini pemerhatian yang dibuat Penyelaras Projek Asia Tenggara Persekutuan Antarabangsa Wartawan Asia Pasifik Ratna Ariyanti berhubung keadaan kebebasan media di beberapa negara di kawasan ini.
Harga hartanah di Pulau Pinang untuk pemilik asing dihadkan RM800,000
Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan had harga bagi warga asing untuk membeli hartanah mewah di negeri itu ditetapkan pada RM800,000
Mulai 2019, transaksi melebihi RM25,000 perlu lapor BNM
Kadar itu direndahkan berbanding RM50,000 ketika ini bagi mengekang sebarang jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan di negara ini.
Enakmen hadkan tempoh jawatan: MB Selangor serah kepada pimpinan PH
Jelasnya, setakat ini, belum ada inisiatif sedemikian atau sebarang arahan diterimanya berhubung perkara berkenaan.
Had umur pengambilan lesen memandu mungkin perlu dikaji - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta orang ramai memberi maklum balas mengenai isu kaji semula had umur pengambilan lesen memandu.
#Twitter10k untuk buat semua pengguna faham agar tidak salah faham? - Faizal Rosly
Pemerhati media sosial Faizal Rosly berkongsi pendapat tentang #Twitter10k, cadangan terbaru Twitter menambah had aksara kepada 10,000.
Tiada semakan semula had GST, kata Chua
Kerajaan belum ada cadangan untuk membuat sebarang semakan semula ke atas had GST buat masa ini.