Sebanyak 28 daripada 71 jenis barangan mengalami kenaikan harga antara empat hingga 50 peratus di Johor.
Ia hasil tinjauan harga barang yang dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor di lapan pasar awam utama seluruh negeri.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat, berkata antara barang yang naik ialah kobis bulat dan cili hijau.
Sementara itu, 33 jenis barang mencatat penurunan harga antara 3.85 peratus hingga 41.67 peratus, manakala 10 jenis barang masih mengekalkan harga yang sama iaitu daging lembu tempatan, daging kerbau import, kelapa parut, santan dan telur ayam.
Menurut Aris, harga ayam mentah bagi sesetengah pasar berubah-ubah mengikut harga yang diperolehi dari pembekal dengan catatan antara RM8.20 hingga RM8.80 sekilogram.
"Kalau ada aduan yang menyatakan ada penjual ambil keuntungan berlebihan, kita akan ambil tindakan dan beri notis kepada mereka," katanya selepas membuat tinjauan harga barangan basah di Pasar Awam Larkin di sini.
Jelasnya, pihaknya juga sedang membuat pemantauan harga bagi kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pada 1 Jun nanti, semua urus niaga akan dikenakan kadar sifar GST dan, kata Aris, tidak ada alasan lagi untuk pemborong, peniaga atau peruncit bagi mengenakan kadar enam peratus GST.
Beliau menjelaskan, pada waktu itu, harga barangan bukan turun seperti yang didakwa pengguna, tetapi disebabkan kadar sifar GST, harga barang dijangka berkurangan.
"Cuma kita risau, dia (penjual) meletakkan harga tinggi semasa masih ada GST, kita nak pastikan harga tu tiada GST sebenarnya, itu bukan turun harga, cuma dia tiada elemen GST.
"Kalau harga asal sesuatu barang RM106, maka pada 1 Jun nanti harga jadi RM100. Kita membantu kerajaan ke arah itu," kata Aris.
Penghapusan kadar enam peratus GST merupakan antara janji Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu.
Shahrul Hassan
Sun May 27 2018
Aris meninjau harga ikan ketika menjalankan pemeriksaan di Pasar Awam Larkin hari ini. - BERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi, didorong minat belian kukuh, KDNK suku kedua
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup lebih baik hari ini, didorong oleh data ekonomi yang menggalakkan di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
Pelarasan gaji motivasi pasukan keselamatan negara tingkat prestasi, kebajikan terjaga
Pasukan keselamatan negara melihat pelarasan gaji yang diumumkan hari ini sebagai suntikan motivasi dalam meningkatkan prestasi, di samping memberikan perkhidmatan dengan lebih baik dan efisien.
PRK Nenggiri: Keputusan di tangan 20,259 pengundi esok
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan ditentukan 20,259 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi esok, selepas tamat 14 hari tempoh berkempen.
KPDN pantau aktiviti pencatutan elak kenaikan harga barang susulan pelarasan gaji
KPDN akan memantau aktiviti pencatutan dengan segera bagi mengelakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan susulan pengumuman pelarasan gaji melalui pengenalan SSPA.
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM dorong murid tamat persekolahan
Keputusan kerajaan untuk meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada SPM menjadi pendorong kepada murid untuk menamatkan persekohan.
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
AWANI Borneo [16/08/2024] - Pelarasan gaji penjawat awam | Miskin tegar Sabah | Sambutan Kemerdekaan Indonesia ke-79
Tumpuan Awani Borneo 16 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Shafie Apdal dakwa kerajaan Sabah beri naratif palsu berkaitan miskin tegar
2. Kemerdekaan Indonesia Ke-79 julung kali ke IKN
3. Sarawak ikut kerajaan persekutuan laras gaji dengan dua fasa
1. Shafie Apdal dakwa kerajaan Sabah beri naratif palsu berkaitan miskin tegar
2. Kemerdekaan Indonesia Ke-79 julung kali ke IKN
3. Sarawak ikut kerajaan persekutuan laras gaji dengan dua fasa
Lapan lelaki ditahan kes bunuh, cederakan lelaki di Bedong
Lapan ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pekerja cuci kereta dan seorang pengawal keselamatan yang cedera parah selepas diserang.
Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.
Jokowi tekan pembangunan ekonomi, infra dalam ucapan terakhir
Jokowi berkata dalam tempoh 10 tahun beliau memimpin negara, pentadbirannya mengawal inflasi, mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan tegar, dan membina infrastruktur baharu di bahagian Indonesia yang sukar dicapai dan dengan sumber terhad.
Harga 28 jenis barang naik di Johor
Ia hasil tinjauan harga barang yang dilakukan KPDNKK Johor di lapan pasar awam utama seluruh negeri.