KUALA LUMPUR: Hanya tujuh juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata hal ini menghalang mereka daripada menggunakan dan menikmati rangkaian 5G, walaupun kemudahan itu sudah terdapat di kawasan mereka.
"Jadi, kerana itulah program seperti 5G Rahmah akan sangat membantu, terutamanya untuk B40 membeli, mendapatkan peranti 5G supaya mereka boleh menggunakan 5G," katanya selepas menghadiri perasmian Rangkaian Persendirian 5G komersial pertama Petronas, disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.
Pakej 5G yang dilancarkan Fahmi Ogos lepas, ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia, bermula 31 Ogos hingga Disember ini. Pakej tersebut menawarkan pelan data melibatkan telefon mudah alih pada harga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 data sebulan dengan data minimum 60 gigabit (GB).
Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI, Fahmi turut mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang ditawarkan kepada 100,000 pelanggan pertama daripada kumpulan B40, yang turut layak menerima subsidi RM120 bagi telefon pintar.
Mengenai bayaran tambahan untuk langganan 5G, Fahmi berkata kementerian akan berbincang dengan operator rangkaian mudah alih (MNO) untuk menangani isu tersebut.
"Perdana Menteri dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Indusri turut membangkitkan isu itu. Jadi, timbalan ketua setiausaha saya telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MNO mengenai perkara ini dan saya percaya bahawa dalam beberapa minggu ini akan ada perkembangan," katanya.
Fahmi berkata kementeriannya juga sedang meneliti cadangan untuk MNO melaksanakan suatu pendekatan 'opt-out' atau memilih keluar daripada langganan berbanding 'opt-in' (memilih untuk menyertai langganan) bagi pengguna bertukar kepada 5G.
"Permintaannya ialah supaya tiada caj tambahan bagi sesiapa yang melanggan 5G. Sepertimana kita berhijrah menggunakan 4G tanpa perlu 'opt-in', satu daripada cadangan dalam penelitian kementerian ialah daripada 'opt-in', kita boleh 'opt-out'," katanya.
Terdahulu, Fadillah berkata setakat bulan lepas, liputan rangkaian 5G Malaysia dalam kawasan berpenduduk ialah 70.2 peratus dengan langganan 5G berjumlah 2.49 juta, iaitu 7.4 peratus kadar penembusan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) melancarkan Rangkaian Persendirian 5G Komersil Pertama di Malaysia, hari ini. - Foto Bernama
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Hanya 7 juta akaun di Malaysia miliki peranti sokong 5G - Fahmi
Hanya tujuh juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G.