IPOH: Daripada 400,000 orang Islam di Negeri Perak yang berkemampuan membayar zakat harta, hanya 20 peratus yang menunaikan tanggungjawab mereka itu setakat ini.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi khutbah Jumaat berkata, berdasarkan kepada angka berkenaan ia menunjukkan kesedaran dan pengetahuan tentang kewajipan membayar zakat harta masih rendah dalam kalangan umat Islam.
Katanya, sebahagian besar wang zakat yang diagihkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada asnaf datangnya daripada kutipan zakat harta yang meliputi antaranya zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat tanaman, zakat pelaburan dan lain-lain.
Tambahnya lagi, berdasarkan rekod pada tahun lalu, 95 peratus atau RM187 juta kutipan zakat di Perak disumbangkan menerusi zakat harta, sementara lima peratus atau RM10 juta hasilnya daripada kutipan zakat fitrah.
“Angka kutipan dan bayaran zakat boleh dianggap sebagai petunjuk pencapaian ekonomi umat Islam.
“Semakin tinggi tahap pendapatan masyarakat Muslim dalam sesebuah negara, sepatutnya semakin banyak hasil kutipan zakat diperoleh untuk diagih dan dimanfaatkan kepada ahli masyarakat yang memerlukan.
“Namun, keseimbangan agihan nikmat sukar dicapai, semata-mata dengan berlakunya peningkatan pendapatan, jika tidak adanya kesedaran dalam kalangan umat Islam mahu menunaikan zakat harta.
“Jika bilangan pembayar zakat berjaya ditambah, dan jumlah kutipan berjaya ditingkatkan, lebih banyak agihan kepada asnaf akan dapat dilaksanakan,” ujar kandungan khutbah berkenaan yang dibacakan di semua masjid dan surau Jumaat di Perak, hari ini.
Khutbah yang bertajuk ‘Zakat Harta dan Tuntutannya’ itu mengesyorkan usaha untuk menyedarkan ummah perlu ditingkatkan agar lebih ramai bersedia untuk menginfakkan harta kepada golongan yang memerlukan.
Katanya umat Islam yang layak membayar cukai pendapatan amat dituntut menunaikan zakat pendapatan.
Dalam pada itu teks khutbah berkenaan turut menyatakan semua institusi zakat di negara ini telah mengambil pelbagai langkah dalam membantu mereka yang terjejas terutama akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
“Institusi-institusi zakat di seluruh negara telah menyalurkan hampir RM200 juta bantuan kepada asnaf dan golongan yang terkesan akibat pandemik wabak COVID-19.
“MAIPk telah berperanan aktif mengagihkan zakat mencecah RM20 juta khusus kepada mereka yang terdesak dan sangat memerlukan bantuan.
“Ketika ini MAIPk telah mewujudkan pelbagai jenis bantuan, merangkumi bantuan bulanan untuk menampung kehidupan, bantuan kecemasan, serta bantuan-bantuan rumah, persekolahan, pendidikan, dan rawatan perubatan,” katanya.
Amirrul Rabbani
Fri Aug 19 2022
Sebahagian besar wang zakat yang diagihkan MAIPk kepada asnaf datangnya daripada kutipan zakat harta. - Gambar hiasan
Rumusan Rangnick tentang Manchester United ternyata benar - Rio Ferdinand
Manchester United memerlukan pembedahan jantung disifatkan Ferdinand sebagai sesuatu yang tidak boleh dinafikan.
AWANI Pagi: Tahun baru, cabaran baru
Selamat tahun baharu 2025! Sudah tentu setiap kali tahu baru tiba, lembaran baru dibuka untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi. Namun, sudah tentu wujudnya cabaran-cabaran tertentu yang mampu merencatkan usaha kita dalam mencapai yang dikehendaki. Ikuti kupasan berkenaan cara efektif untuk menghadapi cabaran-cabaran ini dalam AWANI Pagi.
Pelesenan platform media sosial di Malaysia berkuat kuasa hari ini
Langkah pelesenan ini dilakukan dalam memastikan platform lebih bertanggungjawab dalam menguruskan platform masing-masing.
Khairul Aming risau kecanggihan teknologi buat pelajar generasi kini hilang fokus
"Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi. Attention span dia dah rosak."
Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$118.35 bilion akhir November 2024 - BNM
Bank pusat itu berkata, untuk 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk antara lain, pembayaran balik berjadual bagi peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM berjumlah AS$14.03 bilion.
JPJ keluarkan lebih 130,000 notis kesalahan sejak November
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Jazmanie Shafawi berkata antara kesalahan tertinggi direkodkan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
Isu Laut China Selatan isu kolektif ASEAN - Syed Hamid
Menurut Bekas Menteri Luar Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar, ASEAN tidak boleh membenarkan mana-mana kuasa besar memanfaatkan anggotanya untuk saling berkonfrontasi.
Bakat tempatan diabaikan, ini ikrar Syaf Ismail jika dipilih sebagai Presiden FAM...
Merombak piramid bola sepak negara merupakan manifesto Sayf Ismail sekiranya beliau dipilih sebagai Presiden FAM dalam kongres pemilihan akan datang.
Tahun Baharu 2025: Perkukuh integriti, pembangunan mampan hadapi cabaran mendatang - PM
Anwar berkata, prinsip ke arah kecemerlangan dan perpaduan serta membasmi rasuah ditegakkan, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan bertanggungjawab.
Tunai zakat simpanan untuk keberkatan harta
Umat Islam diingatkan untuk menunaikan segera zakat fitrah dan tidak melengahkan-lengahkannya pada saat akhir.
Kutipan zakat Wilayah Persekutuan meningkat 13 peratus pada 2022
Jumlah pembayar zakat harta pada tahun lepas adalah 240,630 orang manakala zakat fitrah pula 1.59 juta orang.
Hanya 20 peratus tunai zakat harta di Perak
Ia menunjukkan kesedaran dan pengetahuan tentang kewajipan membayar zakat harta masih rendah dalam kalangan umat Islam.
"Aku bukan Muslim, tapi aku tak pernah lupa bayar zakat harta, fitrah" - Chandra
Sudah 10 tahun, Chandra tidak pernah lupa untuk membayar zakat fitrah setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Kutipan zakat Pulau Pinang naik kepada RM121.48 juta tahun lepas
Daripada jumlah itu, zakat harta mencatat peningkatan 1.34 peratus daripada RM114.83 juta pada 2018 kepada RM116.37 juta tahun lepas.
MAIK akan siasat 5 beradik tinggal di bangsal
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan akan menghantar wakilnya bagi mendapatkan gambaran dan maklumat mengenai kedaifan lima beranak yang tinggal dalam sebuah bangsal di sini.