SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menghantar surat-surat berkaitan pelanjutan kontrak secara terus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya proses dapat disegerakan.
Pengarah UKSB Datuk Fadzil Ahmad berkata jika surat-surat berkenaan diserahkan kepada pegawai bawahan, pihaknya khuatir proses lanjutan kontrak itu akan mengambil masa yang lama.
"Proses lanjutan kontrak perlu dibentangkan di peringkat kementerian, tetapi keputusan dibuat oleh menteri (Ahmad Zahid), sebab itu kami di UKSB bertindak hantar surat pada menteri.
"Kita buat secara 'top down' jadi proses akan dilaksanakan dengan segera," katanya ketika menjawab soalan tambahan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zander Lim Wai Keong.
Ketika ditanya Lim, mengapa UKSB perlu menghantar surat kepada Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Fadzil berkata: "Kelulusan melanjutkan kontrak adalah di bawah bidang kuasa menteri (Menteri Dalam Negeri)".
Semalam ketika membacakan penyataan saksinya, saksi pendakwaan ke-14 itu memberitahu mahkamah bahawa pihaknya ada menghantar tujuh surat kepada Ahmad Zahid antara 2016 dan 2017 berhubung sistem Visa Luar Negara (VLN) bagi mendapatkan sokongan, permohonan pertimbangan serta kelulusan.
Fadzil turut memberitahu mahkamah hari ini bahawa Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani yang juga pengarah UKSB adalah individu yang bertanggungjawab menyerahkan surat-surat syarikat itu kepada Ahmad Zahid.
"Antara skop tugasan Wan Quoris Shah adalah untuk menguruskan surat yang UKSB tujukan kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Ahmad Zahid.
"Saya sediakan (surat-surat), kemudian saya akan serahkan kepada Wan Quoris Shah untuk diberi kepada pejabat Menteri Dalam Negeri, tapi tidak pasti dia serahkan secara terus atau tidak," katanya.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-10 Datuk Shahril Ismail iaitu bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberitahu mahkamah bahawa Wan Quoris Shah ada bertemu dengan Ahmad Zahid di kediaman presiden UMNO itu di Seri Satria, Putrajaya sebelum membuat keputusan menyambung kontrak VLN syarikat berkenaan.
Fadzil berkata pihaknya menghantar surat bertarikh 14 Jun 2017 kepada Ahmad Zahid bagi mengubah permohonan lanjutan kontrak daripada enam tahun kepada tiga tahun bagi mengelak untuk melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
"Pertukaran permohonan lanjutan dibuat (dari enam kepada tiga tahun) selepas menyedari tempoh selama enam tahun perlu mendapat kelulusan daripada UKAS yang akan mengambil masa lama. Jadi, kita buat keputusan untuk pendekkan tempoh lanjutan supaya tidak tertakluk kepada keperluan mendapatkan kelulusan UKAS," jelasnya.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 17 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
![Hantar surat terus kepada Zahid Hamidi supaya proses lanjut kontrak cepat - Pengarah UKSB Hantar surat terus kepada Zahid Hamidi supaya proses lanjut kontrak cepat - Pengarah UKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652348462_PresidenUMNODatuk.jpg)
Fadzil berkata pihaknya menghantar surat bertarikh 14 Jun 2017 kepada Ahmad Zahid bagi mengubah permohonan lanjutan kontrak daripada enam tahun kepada tiga tahun bagi mengelak untuk melalui UKAS. - Gambar fail
![Murugiah, Asojan kekal Naib Presiden MIC, Nelson muka baharu Murugiah, Asojan kekal Naib Presiden MIC, Nelson muka baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720326274_MIC.jpg)
Murugiah, Asojan kekal Naib Presiden MIC, Nelson muka baharu
Datuk T Murugiah dan Datuk M Asojan, masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden MIC manakala Datuk Dr R Nelson muncul muka baharu jawatan itu.
!['Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah 'Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720325841_paula.jpg)
'Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah
Paula yang merupakan seorang model malah berbicara mengenai keputusannya menutup aurat dan berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada Mac lalu.
![Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720327774_MohamedSalahLiver.jpg)
Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.
![Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720326808_ZakiZamani.jpg)
Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih
Tugas-tugas diagnosis masalah penagihan dadah bukanlah tanggungjawab hakiki yang perlu dilakukan pegawai perubatan.
Kes scam: Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Lelaki warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital yang tidak wujud pada Mac lepas.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
Kemudahan sanitasi, infrastruktur di Gaza terjejas teruk - UNRWA
Kemudahan sanitasi dan infrastruktur di Gaza kini terjejas teruk, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
![Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720326043_menteribesarselang.jpg)
Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi
Jejambat sepanjang 820 meter itu dibina untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang membelenggu pengguna lebuh raya ELITE dan SKVE.
Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Sultan Ibrahim menambah pada hari ini, kita berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.
Agong,Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
![SPRM terbuka cadangan diletak di bawah Parlimen - Azam Baki SPRM terbuka cadangan diletak di bawah Parlimen - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664451405_AzamBaki.jpg)
SPRM terbuka cadangan diletak di bawah Parlimen - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka dengan cadangan agensi itu diletakkan di bawah Parlimen seperti dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini.
![Sumber wang untuk Zahid tidak perlu dibuktikan termasuk jika dari 'langit ketujuh' - TPR Sumber wang untuk Zahid tidak perlu dibuktikan termasuk jika dari 'langit ketujuh' - TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662545264_TBzahidhamidi.jpg)
Sumber wang untuk Zahid tidak perlu dibuktikan termasuk jika dari 'langit ketujuh' - TPR
Pengesahan sumber wang itu bukan elemen yang perlu dibuktikan pendakwaan, sebaliknya mahkamah perlu menilai bukti dikemukakan bahawa Ahmad Zahid ada meminta wang itu.
![Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662452876_TBzahidhamidi.jpg)
Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.
![Kes rasuah Zahid: Tiada rekod pembayaran UKSB kepada Hishammuddin - Pegawai penyiasat SPRM Kes rasuah Zahid: Tiada rekod pembayaran UKSB kepada Hishammuddin - Pegawai penyiasat SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657097202_BekasTimbalanPerda.jpg)
Kes rasuah Zahid: Tiada rekod pembayaran UKSB kepada Hishammuddin - Pegawai penyiasat SPRM
Pegawai penyiasat SPRM dalam kes rasuah Zahid berkata hasil siasatannya mendapati tiada rekod pembayaran dibuat syarikat UKSB kepada Hishammuddin.
![UKSB serah wang tunai secara bulanan berjumlah SG$13.56 juta kepada Zahid - Saksi UKSB serah wang tunai secara bulanan berjumlah SG$13.56 juta kepada Zahid - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657097202_BekasTimbalanPerda.jpg)
UKSB serah wang tunai secara bulanan berjumlah SG$13.56 juta kepada Zahid - Saksi
Transaksi pembayaran wang tunai kepada Ahmad Zahid itu berlaku antara Oktober 2014 dan Mac 2018 selain ia direkodkan di dalam sebuah lejar milik UKSB.
![Ahmad Zahid minta UKSB hulur sumbangan pada UMNO - Pegawai Penyiasat SPRM Ahmad Zahid minta UKSB hulur sumbangan pada UMNO - Pegawai Penyiasat SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659675749_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Ahmad Zahid minta UKSB hulur sumbangan pada UMNO - Pegawai Penyiasat SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahmad Zahid telah meminta syarikat UKSB menghulurkan bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada UMNO.
![UKSB: Dakwaan David Tan palsu, fitnah, berniat jahat - Anak saudara Tun M UKSB: Dakwaan David Tan palsu, fitnah, berniat jahat - Anak saudara Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658991124_TanSriRahmatbinA.jpg)
UKSB: Dakwaan David Tan palsu, fitnah, berniat jahat - Anak saudara Tun M
Sekiranya David Tan tidak menarik balik tuduhan tersebut, Rahmat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.
![Shahril Hamdan nafi terima dana RM1.162 juta daripada UKSB Shahril Hamdan nafi terima dana RM1.162 juta daripada UKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644738488_shahrilhamdan.jpg)
Shahril Hamdan nafi terima dana RM1.162 juta daripada UKSB
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin dimaklumkan perkara berkenaan oleh saksi penting pendakwaan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi., Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Sumbangan politik: Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB Sumbangan politik: Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658738399_sinarharian.jpg)
Sumbangan politik: Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB
Saksi berkata kod nama yang digunakan di dalam buku lejar tersebut adalah 'S Pat' untuk Shahril Sufian, Chan ('Prof') dan Ong ('OKC').
![Isu dana UKSB: Saya belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa - Muhyiddin Isu dana UKSB: Saya belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655805226_MuhyiddinYassin.jpg)
Isu dana UKSB: Saya belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa - Muhyiddin
Bagaimanapun jelas Muhyiddin, beliau sedia memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak berkuasa di negara ini jika diminta berbuat demikian.