KUALA LUMPUR: Dakwaan seorang saksi perbicaraan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima sumbangan RM2.6 juta oleh Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) melalui anak saudaranya Tan Sri Rahmat Abu Bakar adalah palsu, fitnah dan berniat jahat.
Menurut Rahmat, bapa saudaranya itu langsung tidak mengetahui kaitan beliau dengan UKSB pada 2018.
Sehubungan itu, pengasas Kumpulan Yasmin itu memberi peringatan, sekiranya saksi tersebut, David Tan Siong Sun tidak menarik balik tuduhan tersebut, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya ingin tegaskan bahawa kenyataan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun di mahkamah seperti yang dilapor berunsur palsu, fitnah dan berniat jahat, kononnya saya mewakili Tun Dr. Mahathir dan wang sebanyak RM2.6 juta adalah untuk Dr. Mahathir. Duit sebanyak itu tidak diberi kepada saya pun,” katanya lagi.
Rahmat berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sewaktu memberi keterangan di perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 25 Julai lepas, David mendakwa, UKSB telah memberi sumbangan politik berjumlah RM2.6 juta kepada Dr Mahathir.
Saksi itu berkata demikian berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal ketika lejar di dalam komputer riba milik saksi itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini.
Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah Dr Mahathir menerima sumbangan politik, saksi itu menjawab: "Ya dan parti (Bersatu)."
Susulan laporan tersebut, Dr Mahathir yang juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, pihak yang membuat dakwaan berkenaan perlu mengemukakan bukti yang menunjukkan beliau benar-benar terlibat dan tidak hanya 'bercakap' sahaja.
"Saya tidak terima (dana politik itu), kalau dia (saksi itu) boleh buktikan saya terima, (sila) tunjuk bukti, ini (dia) nak cakap (sahaja memang) senang, kita (semua sebelum ini) bila kata (Datuk Seri) Najib (Razak) seleweng RM6 bilion, kita ada bukti, (dia) sign cek, apa semua,” katanya lagi.
Selain itu, Dr Mahathir berkata, beliau bersedia sekiranya dipanggil oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan.
Mengulas lanjut, Rahmat berkata, beliau sememangnya pernah ditawarkan jawatan Pengerusi serta Penasihat kepada UKSB pada 13 Julai, 2018, termasuk tawaran 50 peratus saham syarikat tersebut.
“Saya dijanji imbuhan sebanyak RM1.3 juta sebulan sebagai pengerusi dan penasihat. Inilah bayaran yang saya terima dalam bentuk wang tunai. Kemudian saya telah kembalikan wang tunai ini kepada UKSB kerana khuatir dengan asasnya.
“Bagaimanapun, pada 14 Nov 2018 saya telah letak jawatan sebagai pengerusi dan penasihat. Ini diperakui di dalam surat Datuk Fadzil Ahmad, Pengarah Urusan UKSB kepada saya,” kata Rahmat lagi.
Rahmat selanjutnya berkata, beliau meletakkan jawatan setelah dinasihat Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang ketika itu menjawat Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Negara.
Katanya lagi, beliau akur kepada nasihat tersebut berdasar kepada maklumat bahawa UKSB ini merupakan syarikat bermasalah dan terkait dengan UKSB akan mendatangkan lebih mudarat.
“Saya juga telah batalkan niat untuk ambil alih apa jua kepentingan di dalam syarikat tersebut. Kesemua tindakan yang saya ambil tercatit di dalam surat-menyurat di antara saya dengan pihak-pihak berkaitan.
“Ini berbeza dengan kenyataan yang dibuat David Tan Siong Sun yang bersandar kepada buku ledger yang merupakan rekod pengurusan UKSB dan tidak ada bukti surat ataupun dokumen,” jelas beliau lagi.
Firdaus Azil
Thu Jul 28 2022

Tan Sri Rahmat Abu Bakar menegaskan, bapa saudaranya, Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak mengetahui kaitan beliau dengan UKSB pada 2018. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

UKSB: Dakwaan David Tan palsu, fitnah, berniat jahat - Anak saudara Tun M
Sekiranya David Tan tidak menarik balik tuduhan tersebut, Rahmat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.