SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy serta bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Ong Ka Chuan turut diberi sumbangan politik oleh Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).
Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar syarikat tersebut dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini.
Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata pihaknya memberi sumbangan politik masing-masing berjumlah RM1.162 juta kepada Shahril Sufian, Chan (RM7.85 juta) dan Ong (RM922,820).
Beliau berkata kod nama yang digunakan di dalam buku lejar tersebut bagi merujuk ketiga-tiga ahli politik itu adalah 'S Pat' untuk Shahril Sufian, Chan ('Prof') dan Ong ('OKC').
Ketika ditanya Hamidi, adakah Shahril Sufian rakan baik kepada Wan Badak (bekas Pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) dan KJ (Khairy Jamaluddin), saksi itu menjawab: "Betul".
Hamidi: Dia dibayar setiap bulan daripada lejar itu?
Tan: Betul.
Hamidi: Ia untuk dana politik dan pilihan raya umum?
Tan: Ya.
Tan juga bersetuju dengan cadangan Hamidi bahawa sumbangan politik kepada Shahril Sufian tersebut kerana Naib Ketua Pemuda UMNO itu mempunyai hubungan baik dengan Wan Quoris Shah dan Khairy.
Sementara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong semasa pemeriksaan semula, mengapa tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kenyataan beberapa ahli politik yang menafikan pernah menerima sumbangan politik daripada UKSB, Tan berkata memandangkan wang telah diberikan dan prosiding mahkamah sedang berjalan, beliau tidak berhasrat berbuat demikian.
Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata pihaknya memberi sumbangan politik masing-masing berjumlah RM1.162 juta kepada Shahril Sufian, Chan (RM7.85 juta) dan Ong (RM922,820). - Foto: Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Elon Musk bagi dana politik RM322 juta untuk kempen Trump
Sumbangan dana politik itu menunjukkan pengaruh besar Musk dalam menyokong kempen Trump sempena pilihan raya 5 November ini.
RMK12: Undang-undang disemak, digubal untuk tingkat akauntabiliti perkhidmatan awam
Akauntabiliti dan ketelusan adalah penting dalam perkhidmatan awam bagi merealisasikan pendekatan keseluruhan negara ke arah kerajaan bebas rasuah.
Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR
Sumbangan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk politik.
Pembelaan dakwa kes rasuah VLN Zahid Hamidi pendakwaan terpilih, tiada prima facie
Pihak pembelaan mendakwa 40 pertuduhan menerima suapan membabitkan Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas menunjukkan wujud pendakwaan terpilih.
'Kalau saya perasuah, pasti sumbangan wang dibuat atas nama saya' - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid menjelaskan di Mahkamah Tinggi sekiranya beliau perasuah, pastinya wang RM2 juta yang diterima daripada seorang pengarah syarikat akan dibuat atas nama beliau.
"Saya tidak guna sumbangan politik RM6 juta untuk kepentingan peribadi" - Ahmad Zahid
Sebaliknya, wang itu disalurkan untuk amal jariah, wakaf dan aktiviti keagamaan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid minta UKSB hulur sumbangan pada UMNO - Pegawai Penyiasat SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahmad Zahid telah meminta syarikat UKSB menghulurkan bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada UMNO.
DAP sedia bincang, sokong Akta Pendanaan Politik - Anthony Loke
DAP tidak pernah menentang cubaan untuk mengadakan Akta Pendanaan Politik, kata Anthony Loke.
Sumbangan politik: Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB
Saksi berkata kod nama yang digunakan di dalam buku lejar tersebut adalah 'S Pat' untuk Shahril Sufian, Chan ('Prof') dan Ong ('OKC').