BUKIT JALIL: DAP bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan bagi mewujudkan Akta Pendanaan Politik, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.
Beliau berkata, buat masa ini, belum ada sebarang rundingan dibuat oleh DAP dengan kerajaan berhubung perkara itu.
“DAP tidak pernah menentang cubaan untuk mengadakan Akta Pendanaan Politik. Cuma sama seperti undang-undang yang lain, kami ingin dirujuk dan berbincang dengan pihak kerajaan mengenai akta itu.
“Kami bersedia mendengar dan menyokong untuk mewujudkan Akta Pendanaan Politik itu,” katanya pada sidang media di Majlis pelancaran ‘The Langkah Sheriton’ NFT di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, Loke menjelaskan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang masih lagi terpakai walaupun ia berakhir pada 31 Julai yang lalu.
Beliau memberitahu, terma MoU itu akan terus terpakai sehingga Parlimen dibubarkan.
“Sekiranya Perdana Menteri mempunyai agenda atau idea yang baharu, beliau boleh membentangkan di Parlimen dan kami akan bersedia untuk menyokong tanpa perlu tanda tangan MoU,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, DAP melancarkan penjualan sebuah lukisan berjudul ‘Langkah Sherinton’.
Hasil karya ahli Parlimen Damansara, Tony Pua itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi persiapan mengadakan kempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
NFT merupakan data pemilikan aset digital yang disandarkan menerusi teknologi 'blockchain'.
Layari juga https://pulse.astroawani.com/nft untuk ikuti berita terkini berkaitan dunia NFT.
Umar Sadique
Mon Aug 01 2022

Loke berkata, DAP mahu dirujuk dan diajak berbincang dengan pihak kerajaan mengenai Akta Pendanaan Politik. - Gambar/ Astro AWANI

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.