KUALA LUMPUR: Selaras dengan usaha ke arah kerajaan bebas rasuah, penerapan prinsip tadbir urus berasaskan nilai murni menggabungkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan adalah penting dalam perkhidmatan awam bagi merealisasikan pendekatan keseluruhan negara.
Menurut Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dikeluarkan Kementerian Ekonomi hari ini, dua anjakan besar iaitu tata kelola dan rangka kerja institusi serta perundangan berkaitan rasuah akan direalisasikan bagi mempertingkatkan tadbir urus perkhidmatan awam.
Akta Ombudsman akan digubal dan satu badan Ombudsman diperkenalkan dalam tempoh akhir RMK12 bertujuan menambah baik penguatkuasaan serta meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam menangani aduan awam.
Di samping itu, badan tersebut akan diberi kuasa untuk memastikan aduan awam ditangani dan diselesaikan dengan sewajarnya.
Menurut laporan itu dalam memperkasa fungsi audit negara, Akta Audit 1957 (Akta 62) akan dipinda bagi memperluas tugas Ketua Audit Negara (KAN).
Pindaan tersebut akan membolehkan syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan, pelaburan dan pinjaman dijamin oleh kerajaan diaudit oleh KAN.
"Pindaan ini juga akan menghalang KAN daripada terlibat dalam sebarang aktiviti atau jawatankuasa pada peringkat persekutuan atau negeri. Peranan KAN sebagai satu entiti bebas, telus dan profesional akan terus diperkukuh agar setanding dengan standard di bawah Independence of Supreme Audit Institutions dan International Organization of Supreme Audit Institutions," menurut laporan itu.
Sementara itu, bagi memperkukuh akauntabiliti dalam sumbangan politik, undang-undang baharu berkaitan sumbangan politik akan digubal untuk mengawal selia sebarang bentuk sumbangan yang dibuat oleh individu dan kumpulan berkepentingan khas.
"Sumbangan ini adalah tidak terhad semasa pilihan raya sahaja. Perundangan ini akan ditadbir urus oleh badan bebas untuk memastikan semua parti dan ahli politik, calon pilihan raya dan ejen politik bertanggungjawab kepada kedaulatan undang-undang.
"Undang-undang ini melarang penyaluran dana daripada entiti asing untuk tujuan aktiviti politik dan seterusnya meningkatkan ketelusan dalam sumbangan politik," menurut laporan itu.
Selain itu, bagi menambah baik mekanisme pelaporan pemunyaan benefisial, peruntukan berkaitan pemunyaan benefisial akan disemak semula dalam Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan dimasukkan dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743) selaras dengan amalan terbaik dan standard antarabangsa.
"Semakan semula dan peruntukan baharu ini akan menumpukan kepada rangka kerja pelaporan pemunyaan benefisial dengan memberi definisi pemunyaan syer dan kawalan dalam pengurusan syarikat serta mengemas kini maklumat dan menyerahkan penyata tahunan kepada pendaftar syarikat," menurut laporan itu.
Menurut KSP, semakan semula dan peruntukan baharu itu akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh akhir RMK-12.
Menurut laporan itu, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) akan diperkukuh untuk menyelaras pengurusan harta disita dan dilucut hak melibatkan pindaan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 (Akta 822) dan undang-undang lain di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan.
"Di samping itu, NFCC akan menyediakan garis panduan sewajarnya dan membangunkan pangkalan data berkaitan untuk memudahkan perancangan dan pemantauan bagi menangani ketirisan dan jenayah kewangan," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Undang-undang baharu berkaitan sumbangan politik akan digubal untuk mengawal selia sebarang bentuk sumbangan yang dibuat oleh individu dan kumpulan berkepentingan khas. - Gambar hiasan

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes

KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.

Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.

Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.

Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.

Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).

Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.

Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.

Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.

564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.

RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.