IPOH: Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia termasuk projek utama seperti pembekalan kelengkapan, peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembelian bangunan, pembinaan baru, penyenggaraan, serta perolehan tanah.
"Sementara itu, sebanyak 63 projek lain yang berjumlah RM267 juta atau 17 peratus adalah projek bukan fizikal yang meliputi pembiayaan dana, program-program ICT, kajian serta program latihan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, beliau mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri Perak (MTPNg) bersama ketua jabatan negeri dan Persekutuan yang bertujuan mengukuhkan pemantauan pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di Perak supaya berjalan mengikut garis masa ditetapkan.
Menurutnya antara yang dibincangkan termasuk perkembangan terkini Projek Persekutuan di bawah RP4 RMK12 negeri Perak tahun ini yang membabitkan 422 program pembangunan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.55 bilion.
Sementara itu, selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah baik keperluan pelajar melalui projek peningkatan dan penyelenggaraan kecil, Saarani memaklumkan Perak selesai menyempurnakan projek berkenaan pada tahun lepas.
"Ia membabitkan 795 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun lalu dengan peruntukan sejumlah RM55.65 juta," katanya.
Katanya projek-projek pembangunan yang telah selesai pada 2023 antaranya adalah pembinaan Jambatan Bagan Datuk, Daerah Hilir Perak ke Kampung Sejagop, Daerah Perak Tengah dan pembinaan Politeknik Bagan Datoh.
Selain itu, pembinaan asrama, dewan makan, surau, padang dan lain-lain kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bawong, Sungai Siput serta kerja naik taraf Galeri Pangkor dan kemudahan pelancongan di Dataran Nelayan Pulau Pangkor turut selesai.
"Saya turut dimaklumkan berkenaan pelaksanaan Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial oleh Pejabat Pembangunan Negeri (ICU), yang menyatukan semua agensi pemberi bantuan di bawah satu platform, banyak membantu mempermudah golongan miskin tegar dalam mendapatkan bantuan yang mereka perlukan," katanya.
Beliau berkata keberhasilan program itu dibuktikan dengan penurunan jumlah miskin tegar dalam data eKasih sebanyak 58 peratus, daripada 9,402 Ketua Isi Rumah pada 31 Jan 2023 kepada hanya 3,911 Ketua Isi Rumah pada 31 Dis 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024

Saarani berkata ia termasuk projek utama seperti pembekalan kelengkapan, peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembelian bangunan, pembinaan baru, penyenggaraan, serta perolehan tanah. - Gambar fail

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.
KWSP: Dividen lebih tinggi, 6.3% bagi simpanan Konvensional dan Shariah
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.
KWSP: Lebih 400,000 ahli baharu, jumlah ahli cecah 16.22 juta
Daripada jumlah itu, 8.78 juta adalah ahli aktif, mewakili 51% daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia.
Tubuh jawatankuasa, kemudian bincang peruntukan - TPM
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan
Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Subang Bestari.

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.

PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti

Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.