KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa beliau tidak pernah menggunakan wang RM6 juta yang didakwa sumbangan politik daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB), Chew Ben Ben untuk kepentingan peribadinya.
Beliau juga berulang kali menegaskan, beliau memilih untuk tidak memasukkan wang RM6 juta tersebut ke dalam akaun peribadinya atau digunakan untuk kepentingan peribadinya.
"Walaupun pada ketika itu saya memegang jawatan Timbalan Presiden parti (UMNO) dan wang terbabit boleh digunakan bagi tujuan politik, saya tidak menggunakannya untuk tujuan politik dan peribadi, sebaliknya disalurkan untuk amal jariah, wakaf dan aktiviti keagamaan," katanya ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob.
Beliau berkata demikian semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB.
Kepada soalan Abdul Malik mengapa wang RM6 juta yang didakwa beliau sebagai sumbangan politik tidak dimasukkan ke dalam akaun parti politik UMNO atau Barisan Nasional, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjawab 'tidak semestinya'.
"Sekiranya mana-mana ahli politik menerima sumbangan politik, tidak semestinya wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun parti politik, kerana pada cek tersebut tidak dinyatakan 'sumbangan kepada parti politik'
"Tetapi sekiranya wang diberikan kepada mana-mana ahli politik, beliau mempunyai budi bicara untuk memasukkannya ke dalam akaun peribadinya atau ke dalam mana-mana akaun yang difikirkan sesuai," katanya.
Ahmad Zahid juga tidak bersetuju dengan cadangan Abdul Malik bahawa wang RM6 juta yang diterimanya daripada Chew merupakan wang rasuah atas usahanya kerana menyokong pemberian kontrak kepada Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), yang mempunyai prestasi tidak baik dalam melaksanakan projek cip pasport Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia.
Berdasarkan pertuduhan ke-14 dan 15 yang dihadapinya, Ahmad Zahid didakwa menerima dua suapan berjumlah RM6 juta daripada Chew sebagai upah melantik syarikat DTSB, melaksanakan projek cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia, untuk Jabatan Imigresen secara rundingan terus di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pukul 2 petang. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

Ahmad Zahid Hamidi memberitahu mahkamah, beliau tidak pernah menggunakan wang RM6 juta yang didakwa sumbangan politik daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB) Chew Ben Ben untuk kepentingan peribadi. - Gambar BERNAMA

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.