KUALA LUMPUR:Seramai 475 anggota perubatan dan kesihatan awam pelbagai kategori serta skim perkhidmatan telah digerakkan ke beberapa daerah di Sabah setakat hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian kesihatan (KKM) menggerakkan pasukan bantuan itu ke Tawau, Lahad Datu, Semporna serta Kota Kinabalu bagi membantu menangani penularan pandemik COVID-19 dan mobilisasi pasukan itu dilakukan sejak awal peningkatan kes di sana.
Dr Noor Hisham berkata penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di Sabah selain untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana.
"Kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik.
"Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah sama-sama membantu memerangi COVID-19 di Malaysia setakat ini," katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook KKM hari ini.
Dr Noor Hisham turut menyeru lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan melibatkan diri untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID-19.
Mengenai rancangan kerajaan untuk mengaktifkan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Tawau bagi melaksanakan bantuan sokongan dalam merawat kes selain COVID-19, beliau berkata hospital itu akan menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik serta Pembedahan Am.
"Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3-5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan, khususnya Semporna.
"Kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)," katanya.
Beliau berkata perancangan awal KKM bakal menyaksikan 100 katil ditempatkan di hospital itu manakala kapasiti serta keperluan kemudahan lain akan dinilai dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020
![Hampir 500 petugas kesihatan ke Sabah, bantu tangani COVID-19 - KP Kesihatan Hampir 500 petugas kesihatan ke Sabah, bantu tangani COVID-19 - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602343795_gelangmerahjambu.jpg)
Seramai 475 petugas kesihatan pelbagai kategori serta skim perkhidmatan telah digerakkan ke beberapa daerah di Sabah setakat hari ini. - Foto BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737111399_TBDOUBLETREE.jpg)
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
![Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736858739_tbDzulkeflyAhmad.jpg)
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
![Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728268012_medicalinstrument.jpg)
Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan
Organisasi itu menegaskan bahawa Israel mesti segera membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya, terutama petugas kesihatan.
![14 petugas bantuan, 4 kakitangan perubatan maut dalam serangan Israel pada Okt - OCHA 14 petugas bantuan, 4 kakitangan perubatan maut dalam serangan Israel pada Okt - OCHA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728268012_medicalinstrument.jpg)
14 petugas bantuan, 4 kakitangan perubatan maut dalam serangan Israel pada Okt - OCHA
Sejak perang dilancarkan tahun lepas, serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 322 pekerja bantuan, termasuk 315 rakyat Palestin dan tujuh warga asing.
![Seluruh penduduk utara Gaza berisiko mati, kata Ketua Kemanusiaan PBB Seluruh penduduk utara Gaza berisiko mati, kata Ketua Kemanusiaan PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729122113_DeiralBalahGaza.jpg)
Seluruh penduduk utara Gaza berisiko mati, kata Ketua Kemanusiaan PBB
Pegawai tertinggi bantuan kemanusiaan PBB memberi amaran pada Sabtu bahawa "seluruh penduduk di utara Gaza berisiko mati".
![CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan
CUEPACS memohon Kementerian Kesihatan agar segera meneliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan yang dikatakan berkualiti rendah.
![JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705558720_TBZAINIHUSSINjp.jpg)
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
![Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727607880_WanMohdZahariWan.jpg)
Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan
Kegembiraan sekumpulan pelajar kolej menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.
![Menteri Kesihatan gesa siasatan terperinci kematian doktor pakar di Lahad Datu Menteri Kesihatan gesa siasatan terperinci kematian doktor pakar di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725586799_DzulkeflyAhmad.jpg)
Menteri Kesihatan gesa siasatan terperinci kematian doktor pakar di Lahad Datu
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggesa siasatan terperinci dijalankan berhubung kematian seorang doktor pakar dari Hospital Lahad Datu, Sabah, bulan lepas yang didakwa akibat dibuli.
![Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725442581_Mpoxvirus.jpg)
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.