LONDON: Amnesty International menyeru Israel agar segera dan tanpa syarat membebaskan petugas kesihatan yang ditahan termasuk Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safiya.


Ringkasan AI
  • Amnesty International menyeru Israel agar segera dan tanpa syarat membebaskan petugas kesihatan yang ditahan, termasuk Dr Hussam Abu Safiya, Pengarah Hospital Kamal Adwan.
  • Amnesty menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap nasib Dr. Hussam Abu Safiya dan menegaskan bahawa Israel mesti segera membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya.
  • Amnesty turut menekankan keperluan mendesak agar masyarakat antarabangsa bertindak untuk menghentikan genosid Israel di Gaza.


Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Amnesty International dalam kenyataannya pada Isnin menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap nasib Dr Hussam Abu Safiya, Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza, dan menggesa pembebasan beliau dengan segera.

Organisasi itu menegaskan bahawa Israel mesti segera membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya, terutama petugas kesihatan.

Amnesty turut menekankan keperluan mendesak agar masyarakat antarabangsa bertindak untuk menghentikan genosid Israel di Gaza.

-- BERNAMA