KULAI: Hampir 18,000 kilogram (kg) dikutip setiap hari sejak kerja-kerja pembersihan di Flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di Skudai, Johor Bahru, dimulakan lebih seminggu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata setakat ini, kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan oleh SWM Enviroment dan SWCorp di flat itu telah melebihi 90 peratus.
"Sampah yang dikutip dari Flat TUTA sahaja melibatkan 10,200 kg sampah domestik dan 7,550 kg sampah pukal secara purata sehari.
"Selain itu, jumlah kutipan sisa pukal yang dikutip turut mencecah 90 tan hanya untuk dua hari (pada 16 dan 17 Mei)," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Jafni berkata demikian ketika ditanya mengenai status pembersihan di flat berkenaan yang mempunyai 44 blok dengan 4,085 unit rumah.
BACA: KPKT arah SWM Environment laksana penambahbaikan kerja pembersihan flat TUTA
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai itu berkata kerajaan negeri turut menumpukan pada kempen pembersihan berterusan di kawasan flat berkenaan selama lima minggu bagi memastikan masalah sampah pukal dapat diatasi sepenuhnya.
Buat masa ini, beliau berkata kerajaan negeri telahpun membuat permohonan kepada kerajaan Persekutuan berhubung peruntukan RM26 juta bagi proses rejuvenation atau penambahbaikan flat berkenaan.
BACA: Johor pertimbang bangun semula flat TUTA
Flat TUTA yang berusia lebih 40 tahun itu, merupakan antara kira-kira 100 projek flat awam yang terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP); Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) serta Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).
Daripada jumlah itu, Mohd Jafni dilaporkan sebagai berkata lebih 50 peratus daripadanya berada dalam kategori bermasalah.
Isu flat awam tidak bersih dan buruk mula menjadi perhatian ramai susulan teguran Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang menzahirkan kekecewaan baginda berhubung tahap kebersihan dan penyelenggaraan flat kos rendah di negeri ini pada 15 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Mohd Jafni mengulas mengenai kerja-kerja pembersihan di Flat TUTA, Skudai, ketika ditemui di Kulai, 26 Mei 2023. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.

Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa
Di pusat KOSIS, petugas akan menerima sisa pepejal itu dan menimbangnya bagi menentukan jumlah yang perlu dibayar.

Sampah dibuang merata 'kembali' ke rumah tuannya
Penduduk sekitar mengetahui alamat pelaku menerusi sepucuk surat yang tertera maklumatnya yang turut dibuang bersama sampah-sampah yang lain.

Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.

Sampah bertimbun di Gaza timbulkan ancaman kesihatan
Membersihkan longgokan sampah di jalanan adalah sukar dan akses ke tapak pelupusan pula mustahil kerana ia berada di kawasan berbahaya.

Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024
DBKL kesal susulan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sambutan tahun baharu 2024 di Kuala Lumpur dicemari sampah yang bertaburan.

Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.

Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan
Sebanyak 125 pekerja bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih.

Terowong pejalan kaki Medan Kidd 'terkubur', dipenuhi sampah sarap?
Keadaan kini sangat kotor, tidak terjaga dan dipenuhi sampah sarap selain tidak lagi digunakan dan ditutup bagi tujuan keselamatan.

Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.